Kebolehbacaan buku teks Bahasa Arab Tinggi berasaskan ujian kloz dalam kalangan pelajar di SMKA
Antara faktor yang dikaitkan dengan kelemahan kemahiran bahasa Arab pelajar adalah buku teks yang kurang berkesan dari aspek tahap kebolehbacaannya, iaitu tahap kesukaran dan kesesuaian bahan bacaan dengan aras pelajar. Memandangkan kajian kebolehbacaan bahan bacaan bahasa Arab di Malaysia belum ked...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FSSK, UKM
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/1000/ http://journalarticle.ukm.my/1000/ http://journalarticle.ukm.my/1000/1/53-66.pdf |
Summary: | Antara faktor yang dikaitkan dengan kelemahan kemahiran bahasa Arab pelajar adalah buku teks yang kurang berkesan dari aspek tahap kebolehbacaannya, iaitu tahap kesukaran dan kesesuaian bahan bacaan dengan aras pelajar. Memandangkan kajian kebolehbacaan bahan bacaan bahasa Arab di Malaysia belum kedapatan, kajian ini merupakan satu usaha awal untuk menilai kebolehbacaan buku teks bahasa Arab sebagai bahasa asing. Oleh itu kajian ini bertujuan mengukur tahap kebolehbacaan buku teks Bahasa Arab Tinggi Tingkatan Empat (BATTE) dalam kalangan pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) melalui ujian kloz, dan melihat perbezaan skor ujian kloz yang diperoleh dari aspek jantina pelajar, teks-teks bacaan yang diuji dan
pencapaian Bahasa Arab Komunikasi (BAK) pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bagi mencapai objektif tersebut, satu tinjauan berupa ujian melalui satu set ujian
kloz telah dijalankan ke atas 390 orang pelajar tingkatan empat di SMKA di seluruh Malaysia daripada populasi sebanyak 5442 orang. Hasil ujian yang dilakukan mendapati
skor purata ujian kloz bagi BATTE adalah sebanyak 49% yang ditafsirkan berada pada tahap kecewa, iaitu tidak sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, serta
pembacaan bebas. Selain itu tidak terdapat perbezaan skor ujian yang diperoleh berdasarkan jantina pelajar, teks-teks yang diuji, dan pencapaian BAK pelajar dalam PMR. Ujian ini menunjukkan tahap kebolehbacaan buku teks BATTE tidak sesuai untuk menjadi bahan pembelajaran pelajar sasaran. Ketidaksesuaian ini melibatkan semua pemboleh tak bersandar yang diuji, iaitu jantina dan pencapaian BAK dalam PMR pelajar,serta semua teks yang diuji. Oleh itu pihak yang berwajib seharusnya mengambil kira tahap kebolehbacaan teks yang disediakan sebelum ia dijadikan bahan pembelajaran
pelajar supaya ia sesuai dengan tahap kemahiran bahasa pelajar. |
---|