Pemikiran dakwah Al-Faruqi : kajian dari sudut metodologi dan isi kandungannya / Ahmad Sabri Osman, Mohd Farid Mohd Sharif and Raihaniah Zakaria

Kertas ini bertujuan mengkaji konsep dan pemikiran dakwah tokoh ilmuan Muslim zaman moden yang terkenal di dunia Islam dan Barat iaitu Isma‘il Raji al-Faruqi. Beliau merupakan tokoh yang bergiat cergas menyampaikan dakwah ke seluruh dunia. Beliau terkenal dalam bidang falsafah dan perbandingan agama...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sharif, Mohd Farid, Osman, Ahmad Sabri, Zakaria, Raihaniah
Format: Article
Published: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang & Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) 2013
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8906/
Description
Summary:Kertas ini bertujuan mengkaji konsep dan pemikiran dakwah tokoh ilmuan Muslim zaman moden yang terkenal di dunia Islam dan Barat iaitu Isma‘il Raji al-Faruqi. Beliau merupakan tokoh yang bergiat cergas menyampaikan dakwah ke seluruh dunia. Beliau terkenal dalam bidang falsafah dan perbandingan agama serta mempelopori usaha-usaha dialog antara agama. Data-data dikutip menggunakan Metode kajian sekunder sepenuhnya. Hasil kajian awal mendapati secara umumnya, al-Faruqi menggunakan metode al-Quran dan hujah akal dalam menyampaikan dakwah manakala isi kandungan dakwah pula merupakan huraian konsep tauhid yang digagaskannya. Konsep tauhid al-Faruqi merangkumi spektrum yang luas merangkumi sejarah, perbandingan agama, falsafah, etika, epistemologi, antropologi dan lain-lain. Berdasarkan pengamatan dan analisis al-Faruqi, semua permasalahan ummah bermula apabila terpisahnya pemikiran, tamadun dan kebudayaan ummah daripada konsep tauhid. Atas kesedaran itulah, al-Faruqi menggagas konsep tauhid dan mengajak seluruh umat Islam kembali menghayati tauhid sebagai turning point bagi membangunkan semula pemikiran, kebudayaan dan tamadun ummah.