Faktor-faktor penyumbang kepada masalah penghijrahan dan implikasinya kepada masyarakat Felda: satu kajian di Felda Gugusan Jengka, Lepar, pada tahun 2006 / Shaiful Azlan Abdul , Mazlina Ahmad Zayadah dan Maziah Mohamed Arif

Kajian ini mendedahkan kepada umum apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah penghijrahan dan menjelaskan apakah implikasi yang timbul daripada penghijrahan tersebut samada positif atau negatif. Kajian ini hanya ditumpukan di Gugusan Jengka dan sebahagian kecil gugusan Lepar. Pensampelan y...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul, Shaiful Azlan, Ahmad Zayadah, Mazlina
Format: Research Reports
Language:English
Published: Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC) 2008
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/5690/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/5690/1/LP_SHAIFUL%20AZLAN%20ABDUL%20IRDC%2008_5.pdf
Description
Summary:Kajian ini mendedahkan kepada umum apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah penghijrahan dan menjelaskan apakah implikasi yang timbul daripada penghijrahan tersebut samada positif atau negatif. Kajian ini hanya ditumpukan di Gugusan Jengka dan sebahagian kecil gugusan Lepar. Pensampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah Stratified Random Sampling dimana rancangan FELDA terpilih ditentukan dulu dan 10 orang responden bagi setiap rancangan akan ditentukan oleh pihak FELDA tersebut.Pengkaji menggunakan analisis mudah dari jadual cross-tabulasi ringkas iaitu menggunakan nilai mean, std. error of mean, median, mode, std. deviation,variance, skewness, std. error of skewness, kurtosis, std. error of kurtosis, range dan sum untuk menghuraikan situasi yang ditunjukkan oleh responden seramai 133 orang. Dapatan menunjukkan jelas bahawa generasi muda sebahagian besarnya berhijrah kerana peluang lebih banyak di kota dan kurangnya peluang pekerjaaan di rancangan itu sendiri. Walaupun begitu responden berpendapat amat penting tenaga muda ini dapat membantu orang tua mereka demi pembangunan FELDA di masa akan datang. Ternyata penghijrahan memberikan kesan negatif yang lebih besar daripada kesan positif.