Penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda awam dan premis perniagaan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan pesisir air / Ghani Ismail, Razita Mohamad and Nurul Hidayah Rozlan

Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih lima puluh tahun yang lalu dan sejak itulah status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Negara masih belum terusik. Proses memartabatkan BM telah dilakukan sejak dahulu lagi dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Ghani, Mohamad, Razita, Rozlan, Nurul Hidayah
Format: Research Reports
Language:English
Published: Research Management Institute (RMI) 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/5371/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/5371/1/LP_GHANI%20ISMAIL%20RMI%2009_5%201.pdf
Description
Summary:Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih lima puluh tahun yang lalu dan sejak itulah status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Negara masih belum terusik. Proses memartabatkan BM telah dilakukan sejak dahulu lagi dan kini proses pemantapan terus dilaksanakan. Apa yang berlaku sekarang, pada saat bahasa Melayu dikehendaki memenuhi peranannya sebagai sarana budaya tinggi, iaitu sebagai bahasa yang berpotensi untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang teknis dan maju, timbul kekangan lain seperti kekurangan penguasaan ahli-ahli ilmu dan ragam bahasa Melayu yang standard dan berstatus tinggi (Nik Safiah Karim, 1986:vii). Hal ini menyebabkan proses pemantapan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat menghadapi kendala yang bukan mudah untuk ditangani.