Iklim proses organisasi di Institusi Pendidikan Tinggi MARA / Mumtaz Begam Abdul Kadir, Norzaini Azman and Mohamed Sani Ibrahim
Iklim organisasi merujuk kepada satu set keadaan dan amalan warga kerja sesebuah organisasi. Iklim kerja menggambarkan persepsi warga kerja terhadap persekitaran kerja, kebajikan dan kemampuan pengembangan dan pembangunan pekerja yang terdapat di dalam organisasi. Iklim kerja ini akan memberi kes...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
ACRULeT, Faculty of Education & UiTM Press
2008
|
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/359/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/359/1/AJ_MUMTAZ%20BEGAM%20ABDUL%20KADIR%20AJUE%2008.pdf |
Summary: | Iklim organisasi merujuk kepada satu set keadaan dan amalan
warga kerja sesebuah organisasi. Iklim kerja menggambarkan
persepsi warga kerja terhadap persekitaran kerja, kebajikan dan kemampuan pengembangan dan pembangunan pekerja yang
terdapat di dalam organisasi. Iklim kerja ini akan memberi kesan
terhadap prestasi kerja dan hubungan antara individu. Kajian ini
adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti iklim
proses organisasi yang sedia ada di Institusi Pendidikan Tinggi
Mara (IPTMa). Sampel seramai 1580 orang daripada kumpulan
pengurusan, pensyarah dan staf sokongan dari 35 buah IPTMa.
Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan telah
dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Secara keseluruhan
dapatan kajian ini menunjukkan kesemua IPTMa mempunyai iklim
proses organisasi yang menyokong pelaksanaan TQM. Selain itu,
iklim proses organisasi yang telah memperoleh pengiktirafan ISO
iaitu kolej UniKL (ISO) dan IKM(ISO) menyokong pada tahap yang
tinggi berbanding dengan institusi lain. Secara keseluruhan
dapatan kajian ini menunjukkan pelaksanaan TQM merupakan
faktor dominan dalam mempengaruhi iklim proses organisasi. Iklim
proses organisasi yang menyokong akan mewujudkan pekerja yang
produktif tetapi kebergantungan yang tinggi. Keadaan ini
menunjukkan satu petanda yang baik kepada pihak pengurusan
IPTMa kerana iklim jenis ini menunjukkan warga IPTMa adalah
produktif tetapi kurang berdikari. Implikasi kajian ini menunjukkan
pelaksanaan TQM perlu dimantapkan dari semasa ke semasa bagi
meningkatkan iklim proses organisasi. |
---|