Analisis faktor kemiskinan Orang Asli : aplikasi model multinomial logit / Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Harun and Mohd Afandi Abu Bakar
Kemiskinan masih merupakan masalah serius kepada masyarakat Orang Asli. Maklumat rasmi kerajaan serta kajian daripada penyelidik mendapati kadar kemiskinan mereka melebihi lima puluh peratus. Kajian kemiskinan Orang Asli ini hanya tertumpu kepada keadaan kemiskinan mereka iaitu bagi mendapatka...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Research Reports |
Language: | English |
Published: |
Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3304/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3304/1/LP_MOHD%20FAUZI%20MOHD%20HARUN%2010_5%201.pdf |
Summary: | Kemiskinan masih merupakan masalah serius kepada masyarakat Orang Asli. Maklumat rasmi
kerajaan serta kajian daripada penyelidik mendapati kadar kemiskinan mereka melebihi lima
puluh peratus. Kajian kemiskinan Orang Asli ini hanya tertumpu kepada keadaan kemiskinan
mereka iaitu bagi mendapatkan sama ada nilai kadar kemiskinan, jurang kemiskinan mahupun
keperitan kemiskinan. Tumpuan tidak diberikan kepada faktor yang menyebabkan kemiskinan
mereka. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti apakah faktor sebenar yang
menyumbang kepada kemiskinan tersebut. Keputusan kajian melalui analisis model multinomial
logit mendapati kemiskinan masyarakat Orang Asli secara signifikan disumbang oleh tahap
pendidikan mereka yang masih rendah, lokasi penempatan di pedalaman, tumpuan kepada
bekerja sendiri dari hasil hutan, KIR wanita, KIR yang umur muda serta saiz isi rumah yang
kecil. Melalui dapatan ini pihak kerajaan dapat memberi perhatian kepada faktor-faktor tersebut
dalam menangani masalah kemiskinan Orang Asli melalui program-program khusus untuk
mereka. |
---|