Bumbung traditional. Konsep dan Falsafah / Jahasnum Jaafar

Rumah-rumab Melayu Tradisional selalunya dinamakan mengikut bentuk bumbung yang digunakan seperti Limas, Perak, Panjang Adik-beradik dan sebagainya. Kita tidak boleh lari dari kenyataan ini kerana dari bumbunglah, identiti rumah itu wujud. la bukan hanya dapat memberikan suatu bentuk bangunan tetapi...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jaafar, Jahasnum
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 1984
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/330/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/330/1/PPd_JAHASNUM%20JAAFAR%20AP%2084_5%20P01.pdf
Description
Summary:Rumah-rumab Melayu Tradisional selalunya dinamakan mengikut bentuk bumbung yang digunakan seperti Limas, Perak, Panjang Adik-beradik dan sebagainya. Kita tidak boleh lari dari kenyataan ini kerana dari bumbunglah, identiti rumah itu wujud. la bukan hanya dapat memberikan suatu bentuk bangunan tetapi juga dapat menceritakan budaya bangsa, orang yang mendiami rumah itu. Inilah adalah kerana, tiap-tiap bumbung mempunyai ciri-ciri khas yang membezakan di antara mereka. Seperti Bumbung Fanjang, ia mempunyai berbagai-bagai jenis dan boleh dikatakan bampir tiap-tiap negeri mempunyai jenisnya yang tersendiri dengan ciri-ciri khas yang membezakan mereka. Dari sini dapatlah kita mengetahui budaya bangsa penghuninya. Ini tidak ujud pada mada sekarang dengan rumah batu yang serba moden, ia tidak mencerminkan bangsa budaya penghuninya. Kita tidak dapat menentukan dengan sekali imbas bangsa apakah yang mendiami rumah itu, samada India, China ataupun Melayu. Si manakah letaknya kebanggaan keturunan dan kebudayaan masing-masing? Seperti Rumah Melayu Tradisional, ia bukan hanya dapat mencerminkan bangsa apa yang mendiami rumah itu, tetapi juga dari negeri manakah asalnya dan kebudayaannya. Ini bukan khas buat orang-orang Melayu sahaja tetapi juga kaum-kaum lain. Dari sini kita sudah dapat melihat keistimewaan bumbung tradisional. Itu hanyalah salah satu aspek mengenai bumbung tetapi adakah lain-lain aspek seperti konsep agama ataupun kepercayaan yang ditunjukkan di dalam bumbung? Adakah ia semata-mata sebagai suatu elemen yang memberi perlindungan? Adakah falsafah bertanggungjawab dalam pembentukan bumbung tradisional? Inilah perkara-perkara yang akan cuba dijawab di dalam topik,"BUMBUNG TRADISIONAL''- Konsep dan Falsafah.