Kajian mengenai profil kemiskinan tegar di kawasan Parlimen Merbok./ Hj. Kamal Bahrin Hj. Shamsuddin…[et al.]
Kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kemiskinan tegar dengan merangka pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Nasional dan sebagainya. Kerajaan Kedah turut merangka matlamat Kedah Maju 2010 dengan harapan rakyatnya menyahut cabara...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Research Reports |
Language: | Malay |
Published: |
Research Management Institude
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28612/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28612/1/LP_HJ.%20KAMAL%20BAHRIN%20HJ.%20SHAMSUDDIN%20RMI%20K%2005_05.pdf |
Summary: | Kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kemiskinan tegar dengan merangka pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Nasional dan sebagainya. Kerajaan Kedah turut merangka matlamat Kedah Maju 2010 dengan harapan rakyatnya menyahut cabaran untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan diri dari kemiskinan. Bagaimanapun fenomena kemiskinan tegar terus berlaku sehingga ke hari ini. Oleh itu, kajian ini memfokuskan analisis profil kemiskinan tegar dari segi sosio - ekonomi dan pendidikan di kawasan Parlimen Merbok yang merangkumi Mukim Semeling, Bujang, Merbok, Teloi Kiri, Sungai Petani dan Sidam Kiri. Ini bertujuan untuk mencari kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah kemiskinan tegar. Daripada 685 orang miskin, hanya 64 responden sahaja dikenalpasti sebagai miskin tegar. Kemiskinan tegar ialah orang mempunyai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kurang dari RM 265 sebulan dan dengan purata tanggungan 5 orang. Kajian ini meliputi empat isu utama, iaitu sosial, ekonomi, pendidikan dan analisis pandangan responden. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS versi 12.1. Hasil kajian mendapati semua responden yang termasuk dalam kelompok kemiskinan tegar ialah terdiri dari bangsa Melayu. Seramai 43 responden, iaitu 67.2% adalah lelaki dan 21 orang, iaitu 32.8% adalah wanita. Mukim yang mempunyai kemiskinan tegar teramai ialah Mukim Teloi Kiri (40.62%). Dari segi keluarga, kebanyakan kemiskinan tegar berlaku dalam keluarga asas, iaitu mempunyai anak antara 6-9 orang dan masih di bawah tanggungan Ketua Isi Rumah (KIR). Dari segi taraf pendidikan KIR, 51.6% berkelulusan sekolah rendah sahaja. Analisis pendapat responden mendapati 46.8% setuju bahawa kemiskinan berpunca dari diri mereka. Kajian ini turut mendapati bahawa terdapat banyak faktor menjadi punca kemiskinan tegar iaitu dari segi sikap, struktural, pendidikan, tahap kesihatan, pendekatan institusi bantuan, corak budaya hidup dan sebagainya. Oleh kerana itu langkah-langkah pembasmian perlu bersesuaian dengan perkara di atas agar ia lebih berkesan dan seterusnya membangunkan masyarakat yang miskin tegar ini. Langkah-langkah pembasmian juga perlu diselaraskan mengikut kategori golongan miskin tegar, iaitu kelompok kekal, pasif dan aktif. Pihak berwajib juga perlu membuat pemantauan terhadap bantuan-bantuan yang disampaikan kepada golongan ini agar mereka tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan sosio - ekonomi dan pendidikan. |
---|