Literasi komputer pelajar - pelajar sekolah menengah atas di negeri Kedah: satu kajian kes. / Normala Ismail…[et al.]

Celik komputer menjadi agenda penting dalam kehidupan seharian pada zaman era teknologi maklumat kini. Ia menjadi salah satu unsur pemangkin kepada kemajuan negara. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap literasi komputer pelajar - pelajar sekolah menengah atas di Negeri Kedah. Ia juga bertujuan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Normala, Hj Hussin, PM Dr. Zaliha, Shamsuddin, Kamal Bahrin
Format: Research Reports
Language:Malay
Published: Research Management Institude 2005
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28188/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28188/1/LP_NORMALA%20ISMAIL%20RMI%20K%2005_5.pdf
Description
Summary:Celik komputer menjadi agenda penting dalam kehidupan seharian pada zaman era teknologi maklumat kini. Ia menjadi salah satu unsur pemangkin kepada kemajuan negara. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap literasi komputer pelajar - pelajar sekolah menengah atas di Negeri Kedah. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi komputer pelajar. Data dalam kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 698 orang pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6 Rendah dari SMK Baling, SMK Kuala Ketil, SMK Changloon, SMK Pokok Sena, SMK Jitra, SMK Kubur Panjang, SMK Pendang, SMK Guar Chempedak, SMK Yan, SMK Bedong, SMK Aman Jaya dan SMK Sik. Alat ukuran yang digunakan ialah ‘Attitude Toward Computer Scale’ (ATCS) dan ‘Minessota Computer Literacy and Awareness Assessment Test’ (MCLAAT). Kaedah min, pemeratusan, Jadual Silang, Ujian Chi Kuasa Dua dan Ujian ‘Cramer V’ digunakan untuk mengukur objektif dan menguji hipotesis kajian. Paras keertian 0.05 ditetapkan untuk menerima atau menolak hipotesis nul. Semua data dianalisis dengan menggunakan komputer program ‘Statistical Package for Social Sciences’ (SPSS) versi 12.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap literasi komputer pelajar adalah sederhana tinggi dengan min skor 66.67%. Terdapat hubungan yang bererti di antara tahap pendidikan tertinggi dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi komputer pelajar. Namun tidak terdapat hubungan yang bererti di antara sikap dengan kemahiran dalam ukuran literasi komputer pelajar. Dapatan kajian turut menyarankan supaya setiap sekolah mengadakan lebih banyak aktiviti yang dapat memberi pendedahantentang komputer kepada semua pelajar agar tahap literasi komputer mereka bertambah baik dari semasa ke semasa. Segala masalah yang berkaitan dengan literasi komputer harus ditangani dengan segera dan sebaik mungkin. Rasionalnya literasi komputer ini sangat penting dalam era teknologi maklumat.