Analisis program pembasmian kemiskinan dari perspektif penduduk miskin tegar di kawasan parlimen Merbok, Kedah. / Zauyah Abd Razak…[et al.]

Kajian yang dijalankan adalah berhubung keberkesanan program-program pembasmian kemiskinan tegar di kawasan Parlimen Merbok. Keberkesanan tersebut dilihat dari aspek tahap pengetahuan penduduk, kesesuaian program berbanding keperluan, faktor-faktor luaran yang mempengaruhi kejayaan program dan perub...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd Razak, Zauyah, Khamis, Muhammad Sazri, Mohamad Hashim, Haswira Nor, Mansor, Kamarul Ariffin
Format: Research Reports
Language:Malay
Published: Research Management Institude 2005
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/27499/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/27499/1/LP_ZAUYAH%20ABD%20RAZAK%20RMI%20K%2005_5.pdf
Description
Summary:Kajian yang dijalankan adalah berhubung keberkesanan program-program pembasmian kemiskinan tegar di kawasan Parlimen Merbok. Keberkesanan tersebut dilihat dari aspek tahap pengetahuan penduduk, kesesuaian program berbanding keperluan, faktor-faktor luaran yang mempengaruhi kejayaan program dan perubahan sosio-ekonomi setelah menerima bantuan berkenaan. Penilaian tentang tahap keberkesanan program itu dilihat dari perspektif penduduk miskin tegar yang menerima bantuan-bantuan di bawah program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Satu bancian telah dijalankan untuk mengutip data yang menggunakan soalan-soalan berstruktur. Seramai 64 orang penduduk miskin tegar di kawasan Parlimen berkenaan telah menjadi responden di dalam bancian tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan penduduk adalah kurang memberangsangkan, kejayaan program adalah terhad manakala faktor- faktor yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan sesuatu program pula adalah sebahagian besamya di luar kawalan responden. Sebahagian hasil kajian adalah menyokong penemuan beberapa kajian terdahulu berhubung keberkesanan program pembasmian kemiskinan. Diharapkan penemuan kajian ini dapat memberi maklum-balas yang berguna kususnya kepada pembuat dasar, agensi pelaksana dan wakil-wakil rakyat di kawasan Parlimen berkenaan dan ahli-ahli akademik amnya.