Kajian terhadap rekabentuk, perisian dan ciri-ciri maklumat kiosk di UiTM (Zon Utara) / Asmadi Mohammed Ghazali…[et al.]
Kiosk merupakan satu kemudahan untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan cepat dan tepat. Pembangunan kiosk mempunyai pelbagai tujuan seperti memberi kemudahan IT kepada masyarakat, memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali IT dengan lebih dekat serta menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Research Reports |
Language: | Malay |
Published: |
Faculty Information Management
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/27469/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/27469/1/LP_ASMADI%20MOHAMMED%20GHAZALI%20IM%20K%2004_5.pdf |
Summary: | Kiosk merupakan satu kemudahan untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan cepat dan tepat. Pembangunan kiosk mempunyai pelbagai tujuan seperti memberi kemudahan IT kepada masyarakat, memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali IT dengan lebih dekat serta menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan supaya masyarakat Malaysia didedahkan kepada IT. Kajian telah dilakukan di tiga (3) cawangan Universiti Teknologi MARA iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Sejumlah 620 responden telah dijalankan ujikaji bagi melihat corak keperluan tahap maklumat yang diperlukan oleh sesuatu kiosk. Hasil dapatan kajian jelas menunjukkan setiap responden mempunyai pelbagai tahap keperluan maklumat yang berlainan. Antara tiga puluh (32) ciri maklumat yang diktiji, maklumbalas responden menunjukkan maklumat mengenai peperiksaan merupakan maklumat terpenting yang diperlukan, diikuti oleh maklumat nota-nota kuliah lepas, maklumat mengenai kalendar akademik UiTM, maklumat jadual waktu kuliah, maklumat keputusan rayuan dan akhir sekali maklumat majlis keperluan pelajar. |
---|