Penilaian tahap keberkesanan program publisiti dalam penyediaan draf rancangan tempatan daerah Temerloh, Maran, dan Jerantut Pahang / Norshahidayah Sulaiman dan Zurina Mohd Sadali
Program publisiti merupakan salah satu perkara yang terkandung di dalam penyediaan Rancangan Pemajuan dan ia telah diperuntukan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (AKTA 172). Program publisiti ini juga memerlukan penglibatan orang awam dimana orang awam diberi peluang dalam membuat banta...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26493/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26493/1/PPd_NORSHAHIDAYAH%20SULAIMAN%20AP%2011_5.pdf |
Summary: | Program publisiti merupakan salah satu perkara yang terkandung di dalam penyediaan Rancangan Pemajuan dan ia telah diperuntukan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (AKTA 172). Program publisiti ini juga memerlukan penglibatan orang awam dimana orang awam diberi peluang dalam membuat bantahan dan cadangan terhadap sesuatu pembangunan dan pemajuan yang akan dibuat dan dijalankan di kawasan mereka khususnya. Walaupun terdapat banyak usaha yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dalam program publisiti ini, namun penglibatan orang awam masih kurang dan sekiranya ada, hanya segelintir bantahan dan cadangan yang boleh diterimapakai dan diperakui. Sedikit sebanyak ia mempengaruhi keberkesanan program publisiti dalam menyediakan Draf Rancangan Tempatan. Kajian ini dijalankan di tiga daerah iaitu Jerantut, Maran dan Temerloh dimana kajiselidik yang dijalan melibatkan responden bagi agensi kerajaan dan orang awam. Kaedah kajiselidik yang digunakan adalah ‘Convenient Survey’ . Penemuan-penemuan telah mendapati orang awam berminat untuk menglibatkan diri dalam program publisiti namun, mereka masih kabur dan tidak jelas serta tidak tahu bagaimana mahu melibatkan diri dalam program publisiti tersebut. Oleh itu, diharap cadangan tahap dan cadangan syor-syor penambahbaikan dapat menjadi panduan kepada PBPT dalam menjalankan program publisiti secara berkesan dalam menyediakan Draf Rancangan Tempatan. |
---|