Laporan cadangan membina ruang rekabentuk dalaman restoran bertema Lubnan di Jambatan Putrajaya 62675 Putrajaya Wilayah Persekutuan / Nashrah Rosly
Tujuan thesis ini di buat adalah untuk menganalisa bagi projek akhir Diploma Rekabentuk Dalaman,Tajuk projek yang di cadangkan ialah Merekabentuk Ruang Dalaman “Restoran Bertema Lubnan” di atas sebahagian Lot no. H.S (D) 3605 No P.T 9495 (Blok A) Pusat Pentadbiran Kerajaan, Persekutuan Putrajaya.Seb...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26049/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26049/1/PPd_NASHRAH%20ROSLY%20AP%2006_5.pdf |
Summary: | Tujuan thesis ini di buat adalah untuk menganalisa bagi projek akhir Diploma Rekabentuk Dalaman,Tajuk projek yang di cadangkan ialah Merekabentuk Ruang Dalaman “Restoran Bertema Lubnan” di atas sebahagian Lot no. H.S (D) 3605 No P.T 9495 (Blok A) Pusat Pentadbiran Kerajaan, Persekutuan Putrajaya.Sebelum menjalankan thesis ini, pelbagai prosedur perlu dilalui melalui peringkat - peringkat tertentu. Pelbagai faktor penting perlu diambil kira terutama dari sudut ruang dalaman termasuk keseluruhan ruang sekitar tapak.Langkah pertama sebelum melakukan projek ini adalah mengenalpasti setiap masalah di tapak cadangan dari aspek dalaman serta persekitaran tapak.Langkah - langkah ini amat penting kerana ia adalah bertujuan bagi menyelesaikan masalah yang di hadapi di tapak cadangan.Selain itu kajian terhadap klien juga perlu diambil kira kerana ia sedikit sebanyak membantu di dalam proses merekabentuk.Dengan kajian serta pengumpulan data yang telah dijalankan secara tidak langsung dapat membantu di dalam proses merekabentuk di mana ia akan mendapatkan satu rekabentuk yang selesa, menarik serta memenuhi segala aspek samaada dari segi imej mahupun gaya yang tersendiri.Sehubungan dengan itu satu perancangan yang teliti telah dibuat sebelum merekabentuk cadangan ruang baru.Beberapa aspek penting perlu diambil kira untuk memastikan ruang yang dibuat mempunyai kepentingan dan dapat memenuhi keperluan pengguna atau klien.Rekabentuk serta imej yang akan di tonjolkan amat penting agar ianya bersesuaian dan memberi keselesaan kepada pengguna.Oleh sebab itu faktor psikologi perlu diambil kira agar elemen - elemen yang diterapkan dapat memberi rasa semangat serta keseronokkan bagi pengunjung yang akan datang ke restoran ini nanti. |
---|