Meningkatkan imej Bukit Larut sebagai destinasi pelancongan tanah tinggi di Taiping / Ahmad Hafif Shahraman and Mohammad Fauzli Abdul Razak

Industri pelancongan negara telah pesat membangun sejak kemerdekaan negara lagi dan merupakan salah satu sumber ekonomi utama negara. Bukit Larut mempakan satu kawasan pelancongan yang mempunyai daya tarikan dan potensi yang tersendiri yang dapat diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Kawasan ini...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shahraman, Ahmad Hafif, Abdul Razak, Mohammad Fauzli
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2011
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25941/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25941/1/PPd_AHMAD%20HAFIF%20SHAHRAMAN%20AP%2011_5.pdf
Description
Summary:Industri pelancongan negara telah pesat membangun sejak kemerdekaan negara lagi dan merupakan salah satu sumber ekonomi utama negara. Bukit Larut mempakan satu kawasan pelancongan yang mempunyai daya tarikan dan potensi yang tersendiri yang dapat diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Kawasan ini yang kaya dengan keindahan alam semula jadinya yang masih terpelihara menjadi aset dan tarikan pengunjung ke kawasan kajian. Bukit Larut mampu dijadikan satu kawasan pelancongan yang terkemuka sekiranya mendapat keqasama dan peruntukkan danpada pihak yang bertanggungjawab seperti Kerajaan Negeri Perak, Majlis Perbandaran Taiping, Pusat Informasi Pelancongan Negeri, Pejabat Pengurusan Bukit Larut dan Iain-lain. Di dalam kajian akhir ini, ianya merangkumi beberapa aspek iaitu pendahuluan, kajian teoritikal, penerangan mengenai kawasan kajian, analisis kajian dan juga cadangan dan kesimpulan.Kajian ini telah menggunakan kaedah soal selidik dan kaedah pengamatan bagi mendapatkan data utama bagi kajian ini. Setelah kajian dilakukan, terdapat beberapa isu dan potensi telah dikenalpasti yang terdapat di kawasan kajian. Bagi mencapai matlamat kajian, iaitu Meningkatkan Imej Bukit Larut Sebagai Kawasan Pelancongan Tanah Tinggi di Taiping’ cadangan yang dilakukan adalah menjurus kepada meningkatkan imej kawasan kajian.