Penyelenggaraan jambatan di negeri Kelantan / Mohd Nor Adzielan Mohd Azmi
Penyelenggaraan jambatan adalah merupakan salah satu aspek yang penting di dalam pengurusan penyelenggaraan. Selain daripada menaikkan nilai sesebuah jambatan, ia juga adalah untuk memastikan supaya jambatan dapat berfungsi dengan baik dan selamat bagi pengguna. Satu sistem penyelenggaraan yang baik...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25867/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25867/1/PPb_MOHD%20NOR%20ADZIELA%20MOHD%20AZMI%20AP%2009_5.pdf |
Summary: | Penyelenggaraan jambatan adalah merupakan salah satu aspek yang penting di dalam pengurusan penyelenggaraan. Selain daripada menaikkan nilai sesebuah jambatan, ia juga adalah untuk memastikan supaya jambatan dapat berfungsi dengan baik dan selamat bagi pengguna. Satu sistem penyelenggaraan yang baik, yang mana ia dilakukan dengan perancangan yang berkesan dan berterusan dapat menjamin kualiti dan prestasi jambatan tersebut. Di samping itu,penyelenggaraan dijalankan untuk meminimumkan kerosakan pada jambatan. Tanpa perancangan atau strategi penyelenggaraan yang baik, kos untuk keija-keija penyelenggaraan jambatan akan bertambah. Kajian ini bertujuan mengkaji pelbagai aspek berkaitan penyelenggaraan jambatan yang dipraktikkan di dalam sesebuah organisasi. Polisi-polisi penyelenggaraan telah diteliti dan akan dihuraikan di dalam kajian ini. Satu kajian telah dilakukan untuk mengkaji bagaimana sesebuah jambatan menjalankan keija pengurusan penyelenggaraan jambatan. Sejumlah 120 resonden yang dipilih secara rambang bagi tujuan pengumpulan data. Temubual juga dilakukan keatas pihak yang bertanggungjawab keatas penyelenggaraan jambatan. Daripada kajian ini, beberapa kelemahan telah diperolehi dan cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi sistem pengurusan penyelenggaraan jambatan di negara kita. |
---|