Cadangan merekabentuk imej baru Bilik Pameran Perodua di Lahat Ipoh Perak / Zurihan Mohd Amin
Projek yang dicadangkan dalam laporan ini adalah Cadangan Merekabentuk Imej Baru Bilik Pameran Perodua yang terletak di Lahat, Ipoh, Perak Darul Redzuan. Projek ini dipilih kerana kekurangan yang telah dapat dikenalpasti yang perlu di ambit perhatian bagi menaikkan nama syarikat automobil Perodua. K...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25197/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25197/1/PPd_ZURIHAN%20MOHD%20AMIN%20AP%2005_5.pdf |
Summary: | Projek yang dicadangkan dalam laporan ini adalah Cadangan Merekabentuk Imej Baru Bilik Pameran Perodua yang terletak di Lahat, Ipoh, Perak Darul Redzuan. Projek ini dipilih kerana kekurangan yang telah dapat dikenalpasti yang perlu di ambit perhatian bagi menaikkan nama syarikat automobil Perodua. Kekurangan dan kelemahan yang dapat dikenalpasti adalah rekabentuk dalaman bilik pameran Perodua yang sediaada kelihatan terlalu ketinggalan zaman. Rekabentuk yang terlalu ‘simple’ dan elegen tidak bersesuaian dengan taraf kemahsyuran dan rekabentuk kereta keluaran Perodua di Malaysia pada masa kini. Rekabentuk ini digunakan pada semua Bilik Pameran dan Penjualan Kereta Perodua. Oleh itu, imej reekabentuk bagi bilik pameran ini haruslah diubahsuai. . Bagi mengubahsuai semula rekabentuk dalaman bilik pameran Perodua. Langkah-langkah yang diambil ialah dengan mengubah konsep dan memilih konsep yang lebih bersesuaian. Konsep yang akan diterapkan ialah Design For Fun. Konsep ini dipilih untuk menonjolkan suasana yang ceria dalam bilik pameran Perodua. Imej-imej baru bagi Perodua juga ditukar berdasarkan konsep ini. Pengubahsuaian rekabentuk ini banyak tertumpu kepada bahagian dalaman bangunan dan bahagian hadapan bangunan. Bahagian fasad bangunan haruslah direka baru supaya mudah dilihat oleh orang ramai dan sebagai mercu tanda kepada Syarikat Jualan Kereta Perodua. Penambahan dan pengurangan ruang-ruang yang sediada dilakukan untuk memberi lebih keselesaan kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi Bilik Pameran Perodua samada pekeija ataupun pelanggan yang berurusan. Kesimpulannya, setiap permasalahan rekabentuk yang dapat dikenalpasti haruslah diberikan cadangan rekabentuk yang baru. Ini bertujuan menaiktaraf bilik pameran dan penjualan kereta Perodua setaraf dengan bilik-bilik pameran-pameran kereta yang terkenal di Malaysia atau di merata dunia. Rekabentuk yang terbaik adalah hasil daripada pengumpulan bahan kajian dan penyelidikan yang dibuat secara terperinci.
2005 |
---|