Laporan kajian cadangan merekabentuk ruang dalaman Butik DnA Celebrity Style Dineo Damansara Block A-L-01, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan / Siti Nazatul Akmal Mohd Rizah
Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang beijaya. Ia harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap ke...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24908/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24908/1/PPd_SITI%20NAZATUL%20AKMAL%20MOHD%20RIZAH%20AP%2009_5.pdf |
Summary: | Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang beijaya. Ia harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan mereka bentuk skima baru bagi Butik DnA Celebrity Style bertempat di Block A-01-1, Jalan PJU 7/1, Neo Damansara, Damansara Perdana, 47820,Petaling Jaya, Selangor D.E. Objektif utama projek ini adalah untuk memberikan satu cadangan skim rekabentuk yang baru bagi Butik DnA disamping memberikan suasana yang praktikal, sistematik, dan berfungsi kepada pelanggan serta servis yang berkualiti. Selain itu, pemilihan projek ini juga adalah untuk mengetengahkan reka bentuk dan konsep baru. Dengan terhasilnya reka bentuk dalaman yang baru bagi Butik DnA ini, adalah diharapkan bahawa ia dapat menarik perhatian orang ramai khususnya rakyat tempatan bahawa kita juga mampu memasarkan dan memberi saingan kepada butik yang sediada. Disamping itu juga ia dapat memperkembangkan lagi pemiagaan yang diasaskan oleh orang yang dianggap sebagai fesyen ikon Malaysia dan ‘public figure’.Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam ruang butik untuk menonjolkan lagi nilai estetika butik tersebut. Konsep dan imej yang dicadangkan dijangka mampu memberi satu kesan yang baik dan juga boleh menjadi salah satu tarikan utama pada pelanggan dan orang ramai yang datang. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir butik ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian - kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan - kelemahan yang ada dan juga untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian - kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk, dengan tujuan mendapatkan satu reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan imej korporat Butik DnA. samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep yang saya terapkan di sini adalah ‘exposure to glamourous:vogue, beautiful & versatile ymg membawa maksud tarikan di mana rekaan butik itu sendiri dan ‘trend’ terkini merupakan tarikan kepada manusia untuk pergi ke butik ini. Sebagai cabaran, saya akan cuba yang terbaik untuk melahirkan ideaidea untuk merekabentuk Butik DnA Celebrity Style agar ia menjadi salah satu ikon dan tarikan di Malaysia suatu hari nanti. |
---|