Laporan cadangan rekabentuk dalaman Pusat Jagaan Harian Kanak-Kanak Spastik, Bandar Ipoh, Dl Lot 89, 91, Jalan Jambu, Taman Teh Tean Seng, 31400, Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Idaura Fadhya Che Ibrahim

Projek akhir ini adalah merupakan cadangan rekabentuk ruang dalaman bagi Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak Spastik di Ipoh, Perak. Cadangan rekabentuk ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang dapat melahirkan individu spastik yang berkeyakinan dan bebas melakukan aktiviti harian dengan bantuan se...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Che Ibrahim, Idaura Fadhya
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2006
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24325/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24325/1/PPd_IDAURA%20FADHYA%20CHE%20IBRAHIM%20AP%2006_5.pdf
Description
Summary:Projek akhir ini adalah merupakan cadangan rekabentuk ruang dalaman bagi Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak Spastik di Ipoh, Perak. Cadangan rekabentuk ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang dapat melahirkan individu spastik yang berkeyakinan dan bebas melakukan aktiviti harian dengan bantuan seminima yang boleh dari pihak lain. Konsep rekabentuk dalaman yang dipilih ialah ‘ Life Through Reality ‘ yang menggambarkan rekabentuk yang dihasilkan di dalam projek ini adalah untuk merealisasikan impian kanak-kanak spastik untuk hidup seperti kanak-kanak normal yang lain. Konsep ini dipilih berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat terhadap kanak-kanak spastik yang kebanyakannya beranggapan mereka tidak berpeluang untuk menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain. Objektif kajian ini adalah untuk mewujudkan rekabentuk dan keperluan ruang yang diperlukan oleh kanak-kanak spastik, menyediakan kemudahan rekabentuk, peralatan serta perabot yang diperlukan untuk mereka bergerak bebas dan selamat, dan memastikan perlaksanaan Pusat Jagaan Harian yang memenuhi kriteria dan garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dibuat berkenaan Pusat Jagaan Harian di sekitar bandar Ipoh, terdapat isu yang telah dikenalpasti di mana kebanyakan pusat jagaan yang menempatkan golongan kanak-kanak spastik ini tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan untuk mereka dari aspek rekabentuk, -kesesuaian perabot, keselamatan dan psikologi. Oleh yang demikian, projek ini adalah salah satu usaha dalam membantu golongan kanak-kanak spastik ini dalam merealisasikan impian mereka untuk menjalani kehidupan normal sesuai dengan konsep yang telah digambarkan ‘ Life Through Reality