Pengurusan Penyelenggaraan Taman Agro Forestry / Zulaikha Ab. Latif

Sesungguhnya rekreasi tidak dapat dipisahkan dengan manusia. Ini adalah kerana manusia mempunyai kehendak ke atas dirinya sendiri untuk berekreasi. Rekreasi adalah bersifat riadah yang memberi kepuasan kepada manusia. Di mana ia memberi peluang kepada orang ramai untuk melepaskan tekanan di samping...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ab. Latif, Zulaikha
Format: Thesis
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24196/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24196/1/TD_ZULAIKHA%20AB%20LATIF%20AP%2005_5.pdf
Description
Summary:Sesungguhnya rekreasi tidak dapat dipisahkan dengan manusia. Ini adalah kerana manusia mempunyai kehendak ke atas dirinya sendiri untuk berekreasi. Rekreasi adalah bersifat riadah yang memberi kepuasan kepada manusia. Di mana ia memberi peluang kepada orang ramai untuk melepaskan tekanan di samping dapat menghabiskan masa bersama keluarga masing-masing. Dewasa ini terdapat pelbagai kawasan rekreasi yang dibina. Dengan meningkatnya aktiviti-aktiviti rekreasi yang mempunyai konsep berlainan serta menepati citarasa pengunjung masa kini diharapkan dapat membantu negara memulihkan semula ekonomi negara yang dilanda kemerosotan ekonomi. Sekarang ini dapat dilihat semakin banyak kawasan-kawasan rekreasi telah wujud. Ini adalah bagi memenuhi keperluan semasa bagi aktiviti rekreasi. Banyak kawasan-kawasan rekreasi yang baru ini adalah berasaskan kepada sumber alam semulajadi. Kawasan rekreasi yang berasaskan sumber alam semulajadi ini merupakan kawasan rekreasi yang semulajadi di tanah yang masih belum tercemar dengan kepesatan pembangunan yang ada serta ianya mempunyai nilai-nilai yang tersendiri. Walaubagaimanapun, taman rekreasi ini juga seperti bangunan yang telah lama dibina di mana ia memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan bagi rnemastikan ianya dapat berfungsi dan bertahan untuk jangkamasa yang lama. Sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan tidak dilakukan kemungkinan tempoh hayatnya tidak bertahan lama tambahan pula konsep taman yang mengekalkan alam semulajadinya sebagai elemen utama. Oleh kerana itulah ianya perlu menitikberatkan aspek-aspek penyelenggaraan. Secara ringkasnya, dissertasi ini akan mengkaji sistem pengurusan penyelenggaraan dan kemudahan rekreasi di Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam dan Taman Pertanian Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Diharap penulis dapat membuat rumusan serta cadangan yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.