Pengurusan taman rekreasi. Kes kajian : Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur / Fadzilah Ahmad

Pengurusan adalah merupakan salah satu aspek yang perlu dijalankan ke atas setiap jenis harta. lanya termasuklah harta yang berjenis perniagaan, perumahan, perdagangan, kawasan awam dan sebagainya. Di dalam penulisan Projek Tahun Akhir ini, aspek pengurusan ke atas harta yang digunakan untuk tu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Fadzilah, Ahmad
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning & Surveying 1996
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/236/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/236/1/PP_FADZILAH%20AHMAD%2096_5%201.pdf
Description
Summary:Pengurusan adalah merupakan salah satu aspek yang perlu dijalankan ke atas setiap jenis harta. lanya termasuklah harta yang berjenis perniagaan, perumahan, perdagangan, kawasan awam dan sebagainya. Di dalam penulisan Projek Tahun Akhir ini, aspek pengurusan ke atas harta yang digunakan untuk tujuan rekreasi telah dipilih. Pemilihan ini adalah bertujuan untuk mengetahui bagaimanan sistem pengurusan dijalankan ke atas harta yang digunakan untuk tujuan awam atau orang ramai sebagai kawasan istirehat atau kawasan riadah. Selain dari itu, pemilihan ke atas kawasan rekreasi ini juga bertujuan untuk mengetahui bagaimana kerja-kerja pengurusan dijalankan ke atas harta yang bukan bertujuan untuk memaksimakan keuntungan tetapi untuk memberikan keselesaan serta menyediakan kemudahan kepada orang awam. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa pemilihan taman rekreasi di dalam penulisan Projek Tahun Akhir ini adalah untuk melihat bagaimana kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan dijalankan ke atas harta yang bukan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan tetapi untuk tujuan memberikan keselesaan kepada pengguna. Penulisan Projek Tahun Akhir ini juga memerlukan suatu kes kajian bagi mengkhususkan pengkajian dijalankan. Bagi taman rekreasi kes kajian yang dipilih adalah Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Taman Tasik Titiwangsa ini telah dipilih kerana ianya merupakan salah satu taman rekreasi yang telah diwujudkan sejak dari dahulu lagi dan ianya juga kekal hingga ke hari ini serta menjadi tumpuan masyarakat di sekitar Kuala Lumpur. Selain dari itu, Taman Tasik Titiwangsa ini dipilih kerana ianya merupakan salah satu dari taman rekreasi yang bukannya bertujuan untuk memaksimakan keuntungan tetapi ianya digunakan sebagai kawasan rehat untuk semua lapisan masyarakat dari kanak-kanak hinggalah kepada golongan tua.