Katil bujang / Zaridatulazna Hamzah
Sektor perabot merupakan bidang yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Banyak kajian saintifik yang dilakukan bagi menambah nilai dalam sektor perabot. Walaubagaimanapun, jika dilihat dari perkembangan sains dan teknologi, penekanan terhadap aspek reka bentuk estetik, ergonomik dan tekni...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | Malay |
Published: |
Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23552/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23552/1/PPb_ZARIDATULAZNA%20HAMZAH%20%20K%20AD%2005_5.pdf |
Summary: | Sektor perabot merupakan bidang yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Banyak kajian saintifik yang dilakukan bagi menambah nilai dalam sektor perabot. Walaubagaimanapun, jika dilihat dari perkembangan sains dan teknologi, penekanan terhadap aspek reka bentuk estetik, ergonomik dan teknikal masih berkurangann. Kebanyakkan masyarakat kini berpendapat bahawa faktor rekabentuk yang menarik pada sesuatu perabot itu mampu membuatkan kediaman nampak menarik dan berseri. Masyarakat yang kurang berpengetahuan tentang asas rekabentuk sering tidak dapat menilai fungsi sesuatu perabot tersebut. Kadangkala fungsi perabot tersebut menjadi faktor pemilihan kedua atau diabaikan sahaja apabila tertarik dengan rekabentuknya. Oleh itu, perubahan keatas katil bujang sedia ada di pasaran haruslah dilaksanakan. Penekanan haruslah diberikan keatas rekabentuk katil bujang sedia ada yang mempunyai beberapa masalah yang menyumbangkan kepada permasalahan apabila menggunakannya kelak. Rekabentuk yang sesuai dengan rekaletak dan saiz ruang haruslah dititikberatkan agar penyesuaian apabila menggunakannya. Perabot sedia ada kurang mementingkan saiz rekabentuk ruang yang menyebabkan saiz katil yang dimiliki tidak sesuai dengan saiz ruang letak rak itu. Penggunaan bahan yang kurang menarik dengan fungsi dan konsep yang sesuai kurang diadaptasikan semasa penghasilan perabot. Didalam rekaan ini, gabungan bahan atau material yang berbeza akan di adaptasikan bagi menampakkan kelainan dan perubahan ke atas katil bujang yang bakal dikeluarkan. Bahan yang digunakan bersesuaian dengan konsep yang digunakan iaitu gaya hidup moden. Konsep ini mementingkan nilai yang terbaru dari segi bahan dan rekabentuk. Proses penghasilan dari lakaran dan seterusnya ke proses rekabentuk model adalah langkah yang digunakan untuk mencapai tahap rekaan yang baik. Di dalam proses membuat lakaran, idea dilakar dan dikembangkan bagi mendapatkan idea yang lebih menarik dan yang telah dikhususkan didalam kenyataan rekaan. |
---|