Tahap kesedaran dalam pelaburan patuh shariah berbanding pelaburan tidak patuh shariah : kajian terhadap staf UITM Puncak Alam / Muhammad Fikri Bin Bahrudin
Pelaburan merupakan satu aktiviti berkaitan wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran dividen, pendapatan atau penambahan nilai instrumen. Di Malaysia, aktiviti pelaburan terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaburan...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Selangor, Puncak Alam Campus
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23410/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23410/1/PPb_MUHAMMAD%20FIKRI%20BAHRUDIN%20ACI%20B%2018_5.pdf |
Summary: | Pelaburan merupakan satu aktiviti berkaitan wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran dividen, pendapatan atau penambahan nilai instrumen. Di Malaysia, aktiviti pelaburan terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaburan patuh shariah dan juga pelaburan tidak patuh shariah. Menyedari bahawa terdapat ramai pelabur yang masih melaburkan modal mereka ke dalam pelaburan tidak patuh shariah berbanding pelaburan patuh shariah, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai tahap kesedaran dan pengetahuan pelabur mengenai pelaburan patuh shariah dan pelaburan tidak patuh shariah. Reka bentuk kajian ini adalah secara kuantitatif. Seramai 100 orang staf UiTM Puncak Alam telah dijadikan responden kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah tinjauan dan set soal selidik. Hasil analisis data
menunjukkan kesedaran dan ilmu pengetahuan tentang pelaburan adalah positif. Berdasarkan analisis set soal selidik, pemahaman dalam pelaburan patuh shariah
adalah positif dan bagi pemahaman pelaburan tidak patuh shariah juga adalah positif. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa kesedaran dan pengetahuan pelaburan patuh dan tidak patuh shariah adalah positif. |
---|