Cadangan reka bentuk dalaman Kafe & Restoran Kelab Golf Impian / Aimi Haziqah Mohd Fadzul

Kajian akhir ini dilakukan untuk mewujudkan sebuah restoran bertema yang berimejkan Golf yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan di tapak tersebut iaitu sukan golf. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis makanan dari Malaysia dan juga barat di samping mempelbagaikan lagi menu dengan cipt...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Fadzul, Aimi Haziqah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21318/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21318/1/PPd_AIMI%20HAZIQAH%20MOHD%20FADZUL%20AP%2009_5.pdf
Description
Summary:Kajian akhir ini dilakukan untuk mewujudkan sebuah restoran bertema yang berimejkan Golf yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan di tapak tersebut iaitu sukan golf. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis makanan dari Malaysia dan juga barat di samping mempelbagaikan lagi menu dengan ciptaan makanan yang tersendiri. Di dalam restoran ini juga dikenakan elemen-elemen yang bercirikan golf untuk ditonjolkan mengikut tema dan konsep yang ingin disampaikan. Cara reka bentuk ruang diilham dan diadun secara simbolik dan juga secara terus-menerus.Sebelum melaksanakan projek ini beberapa kajian telah dijalankan supaya ianya beijaya dilaksanakan dan menepati kehendak masyarakat dan matlamat klien. Di Malaysia kini terdapat pelbagai jenis restoran bertema dan Golfer’s Cafe & Restoran ini merupakan salah satu daripadanya dan mungkin yang terbaik dari segi reka bentuk dan pengurusan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kelemahan yang terdapat pada rangkaian makanan dan juga reka bentuk dal am an serta pengurusan terhadap sesebuah restoran yang ada pada masa kini. Kajian-kajian dan proses pengumpulan data ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk untuk mendapatkan impak reka bentuk yang selesa,menarik dan juga dengan sentuhan gaya imej yang tersendiri.Maka dengan ini akan wujudlah sebuah restoran bertema yang mempunyai reka bentuk yang menarik di samping pengurusan yang terbaik. Semestinya akan menarik perhatian orang ramai untuk datang ke restoran ini di samping memperkenalkan kepada ramai tentang Kelab Golf Impian.