Laporan kajian akhir cadangan menaiktaraf dan rekabentuk baru bagi galeri Petaling Jaya untuk Tetuan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jalan 10/7, Seksyen 10, Taman Jaya,46000, Petaling Jaya / Ahmad Syafiq Mohamad Tahir

Cadangan mereka bentuk wajah baru bagi Galeri Petaling Jaya Di Taman Jaya bertujuan unuk memastikan galeri ini menjadi salah satu tarikan petancongan di Petaling Jaya disamping ianya merupakan satu-satunya pusat pengumpulan dan pemeliharaan khazanah yang melibatkan sejarah dan pembangunan Petaling J...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Tahir, Ahmad Syafiq
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21317/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21317/1/PPd_AHMAD%20SYAFIQ%20MOHAMAD%20TAHIR%20AP%2009_5.pdf
Description
Summary:Cadangan mereka bentuk wajah baru bagi Galeri Petaling Jaya Di Taman Jaya bertujuan unuk memastikan galeri ini menjadi salah satu tarikan petancongan di Petaling Jaya disamping ianya merupakan satu-satunya pusat pengumpulan dan pemeliharaan khazanah yang melibatkan sejarah dan pembangunan Petaling Jaya.Memandangkan ianya sudah lama ditubuhkan ianya pada jun 2001 masih tidak ramai yang mengetahui kewujudan Galeri ini.Cadangan penambahbaikan dilakukan bagi memastikan Galeri ini lebih moden dan berwajah baru untuk menarik orang ramai ke sini.Kaedah-kaedah pengkajian yang dilakukan termasuklah aspek-aspek pemerhatian terhadap galeri dan muzium yang ada di Negara ini.Segala permasalahan akan dicatit dan diambil bagi memastikan ianya tidak berulang pada projek yang akan dilaksanakan kelak.Justeru itu.satu perancangan yang teliti telah dibuat sebelum merekabentuk cadangan ruang. Faktor keselesaan adalah penting bagi memastikan pengunjung yang berkunjung tidak akan merasa bosan semasa berada didalam galeri.Maka dengan itu, untuk menghidupkan ruang tersebut, factor psikologi ruang memainkan peranan penting dengan elemen yang dimuatkan didalam ruang tersebut. Secara kesimpulanya.rekabentuk haruslah menepati ciri-ciri dan kehendak penggunaannya serta bersesuaian dengan konsep yang ingin ditonjolkan .Lantaran itu, adalah diharapkan dengan adanya galeri Petaling Jaya ini akan dapat memberikan sebuah impak dan manfaat kepada semua golongan masyarakat yang berkunjung.