Cadangan rekabentuk dalaman butik Ms Read di rumah kedai 5 tingkat, Lot G01 & 02, Jalan Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur bagi Tetuan Helen Read / Nurul Syazwani Supa’at

Tujuan thesis akhir ini di buat adalah untuk menganalisa projek akhir Diploma Rekabentuk Dalaman. Tajuk projek yang di cadangkan ialah Cadangan Rekabentuk Ruang Dalaman Butik Ms Read yang terletak di lot G01 & 02, Jalan Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur bagi tetuan Helen Read. Sebelum menjalanka...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Supa’at, Nurul Syazwani
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21230/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21230/1/PPd_NURUL%20SYAZWANI%20SUPA%27AT%20AP%2009_5.pdf
Description
Summary:Tujuan thesis akhir ini di buat adalah untuk menganalisa projek akhir Diploma Rekabentuk Dalaman. Tajuk projek yang di cadangkan ialah Cadangan Rekabentuk Ruang Dalaman Butik Ms Read yang terletak di lot G01 & 02, Jalan Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur bagi tetuan Helen Read. Sebelum menjalankan thesis ini, pelbagai prosedur yang akan dijalankan dan perlu dilalui mengikut peringkat peringkat tertentu. Pelbagai faktor-faktor penting perlu diambil kira terutama dari sudut ruang dalaman dan termasuklah persekitaran luar tapak. Langkah pertama sebelum melakukan projek ini ialah mengenal pasti setiap masalah-masalah di tapak cadangan dari aspek ruang dalaman dan persekitaran tapak. Apa yang terdapat didalam ruang tersebut juag perlu diambil kira seprti tiang, rasuk, dan sebagainya. Ini adalah amat penting kerana ianya bertujuan untuk menyelesaikan masalah di tapak supaya sesuai dengan projek yang dicadangkan dan juga sesuai dengan rekabentuk yang hendak dibuat. Kajian bermula dari asas, lantai dan sehingga bumbung bangunan dan kawasan sekeliling bangunan. Selain itu, kajian terhadap butik lain juga perlu diambil kira sebagai kajian kes terhadap projek ini yang mana ianya mempunyai hubungkait dengan projek yang dicadangkan. Kajian kes yang dibuat akan dijadikan contoh dan di buat perbandingan diantara satu sama lain samada dari segi kebaikan mahupun keburukan sesebuah butik yang telah dijadikan sebagai kajian kes. Sehubungan itu, kajian dan proses pengumpulan data ini akan diterapkan dalam proses rekabentuk supaya dapat menghasilkan ruang yang selesa dan menarik, di samping dapat mewujudkan imej dan gaya yang tersendiri dan lebih moden dari segi rekabentuk. Justeru itu juga, satu perancangan yang teliti telah dibuat sebelum rekabentuk cadangan untuk ruang yang baru. Beberapa aspek penting perlu diambil kira untuk memastikan ruang yang dicadangkan mempunyai kepentingan dan dapat memenuhi keperluan pengguna. Keselesaan pengguna perlu diambil kira agar pengguna tersebut dapat menikmati ruang dengan lebih selesa. Maka dengan itu, untuk menghidupkan ruang tersebut, faktor psikologi ruang memainkan peranan yang penting dengan elemen-elemen yang dimuatkan di ruang tersebut agar pengunjung yang datang lebih menghayati suasana dan menikmati aktiviti yang dijalankan dalam ruang tersebut.