Laporan kajian akhir cadangan mereka bentuk ruang dalaman butik Evisu, LG 13 -LG 15 Aras Bawah Cineleisure, Damansara Petaling Jaya / Nurrohaizatey Mohamed Zaki

Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap ke...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Zaki, Nurrohaizatey
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20944/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20944/1/PPd_NURROHAIZATEY%20MOHAMED%20ZAKI%20AP%2009_5.pdf
Description
Summary:Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih adalah cadangan merekabentuk skema rekabentuk baru bagi butik Evisu di Cineleisure, Damansara. Evisu adalah produk denim yang berasal dari Jepun. Produk ini terkenal di seluruh dunia. Golongan muda di negara ini, ada daripada segelintir tidak mengetahui tentang jenama ini. Jenama ini mengkhususkan kepada barangan pakaian dan aksesori untuk lelaki dan wanita. Objektif rekabentuk bagi projek ini adalah memperluaskan lagi pengaruh jenama yang kurang dikenali di Malaysia ini juga memberikan kepuasan kepada mereka yang peka dengan perkembangan fesyen. Analisa tapak yang telah dijalankan juga mendapati lokasi yang dicadangkan amat strategik dan dipersetujui oleh klien. Lokasi yang menjadi tumpuan pelancong dan juga pengunjung tempatan terutamanya golongan muda menjadikan ianya faktor terbaik. Selepas menjalankan analisa terhadap bangunan yang dipilih, konsep rekabentuk dan imej yang diperlukan telah dikenalpasti sebagai panduan bagi memudahkan keseluruhan proses rekabentuk. Bagi projek ini, konsep ‘Oddly Emphasis’ dan imej adalah 'Deconstruction’ telah dipilih bagi diaplikasikan di dalam merekabentuk butik ini. Kewujudan rekabentuk baru untuk butik yang dihasilkan nanti diharap dapat memberikan faedah kepada individu, samada tempatan mahupun orang asing.