Laporan cadangan menaiktaraf dan merekabentuk baru Kelong Paradise Waterfront Resort di Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan / Nadia Hassim
Tujuan laporan kajian ini dibuat adalah untuk projek akhir Diploma Rekabentuk Dalaman, Projek yang dicadangkan adalah Cadangan Menaiktaraf Rekabentuk Ruang Dalaman Kelong Paradise Waterfront Resort di Sabak Bemam, Selangor, Pelbagai proses perlu ditalui bagi menyiapkan tesis ini di mana pelbagai fak...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20788/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20788/1/PPd_NADIA%20HASSIM%20AP%2009_5.pdf |
Summary: | Tujuan laporan kajian ini dibuat adalah untuk projek akhir Diploma Rekabentuk Dalaman, Projek yang dicadangkan adalah Cadangan Menaiktaraf Rekabentuk Ruang Dalaman Kelong Paradise Waterfront Resort di Sabak Bemam, Selangor, Pelbagai proses perlu ditalui bagi menyiapkan tesis ini di mana pelbagai faktor penting telah diambil kira. Oleh kerana Kelong Paradise Waterfront Resort tidak pernah membuat pengubahsuaian lagi sejak ia mula beroperasi pada tahun 2003 hingga 2008, maka ia perlu dinaik tarafkan bagi mengikut piawaian yang telah ditetapkan bahawa setiap lima tahun sekali setiap hotel dan pusat peranginan perlu melakukan penaiktarafan. Selain itu, pemilik ingin membuat perubahan dan menambahkan fasiliti yang ada bagi memenuhi kehendak pelanggan. Antaranya adalah memperluas dan mengatur dewan seminar, menaik taraf bilik dan melengkapkan fasiliti pada setiap bilik, tandas, surau dan sebagainya. Selain itu, ini adalah bagi membantu menaikan lagi industri pelancongan Negara dan sebagai persediaan agar Kelong Paradise Waterfront Resort menjadi destinasi cadangan Malaysia dan dikenali oleh pelancong dari luar serta tersenarai dalam ZOOM Malaysia dan Tourism Malaysia. Ini kerana pusat peranginan ini hanya tertumpu kepada warga tempatan sahaja dan belum tersenarai di dalam program kerajaan tersebut. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengubahsuai imej dan menaiktaraf rekabentuk sediada, mengkaji dan memahami keperluan dan kemudahan yang perlu ada di sesebuah pusat peranginan agar kehendak dan keperluan peianggan terjamin dan seterusnya memperkenalkan dengan lebih luas lagi Kelong Paradise Waterfront Resort ini. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti masalah yang wujud dan seterusnya mencari jalan penyelesaian bagi memenuhi kehendak dan keselesaan peianggan. Selain itu juga, kajian kes telah dijalankan terhadap beberapa pusat peranginan yang ada di Malaysia di mana ia perlu diambil kira dari pelbagai aspek kerana ia mempunyai kaitan dengan projek yang dijalankan. Antara kajian kes yang telah dilakukan adalah di Sepang Goldcoast, Resort Tanjung Piai dan Penarik Inn. Kajian dan proses pengumpulan data yang telah dijalankan telah banyak membantu bagi menghasilkan proses rekabentuk yang lebih baik dan mesra pengguna mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kllen. Konsep yang dicadangkan adalah symbiosis. Symbiosis adalah hubung kait gabungan antara satu elemen dengan elemen yang lain dan hasil dari gabungan ini membentuk satu elemen bergantung antara satu sama lain. Antara gabungannya adalah tropical, contemporary, rustic dan fresh. Modem indigenous adalah imej yang dicadangkan. laitu gabungan antara imej moden dan elemenelemen asli. Antara cadangan penyelesaian adalah menyediakan kemudahan tandas di tingkat bawah, mengatur ruang di tingkat satu dan mengatur semula ruang bilik ditingkat atas mengikut konsep dan cadangan yang telah dipersetujui. |
---|