Inovasi produk "Smart Panel" sebagai kaedah penyelesaian masalah pembentangan hasil kerja pelajar (Smart Panel innovation as a problem solving method for student work's presentation) / Thuraiya Mohd … [et al.]
Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aktiviti dan kaedah yang dilaksanakan secara berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif. Proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) ini perlu didokong dengan kemudahan fasiliti dan peralatan PnP yang efektif. Kekurangan fas...
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UiTM (UiTM Press)
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20744/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20744/1/AJ_THURAIYA%20MOHD%20JURIM%2017.pdf |
Summary: | Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aktiviti dan kaedah yang dilaksanakan secara berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif. Proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) ini perlu didokong dengan kemudahan fasiliti dan peralatan PnP yang efektif. Kekurangan fasiliti dan peralatan PnP mempengaruhi kualiti penyampaian dan juga proses pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan fasiliti dan peralatan PnP ini turut menjejaskan rekabentuk kurikulum dan seterusnya memberikan kesan keatas pembentukan modal insan berkualiti yang mempunyai daya kreativiti dan cara pemikiran kritis. Justeru kajian ini, memfokus kepada masalah ketidakkeberkesanan proses PnP disebabkan kekurangan peralatan PnP iaitu panel pameran. Kajian ini mencadangkan inovasi kreatif serta inventif iaitu "smart panel" bagi menyelesaikan masalah yang wujud. Penemuan daripada kajian empirikal ini telah mendedahkan beberapa kelemahan dalam proses PnP yang menggunakan panel pameran sediada. Kelemahan yang signifikan adalah tempoh pembentangan yang lama dan seterusnya menghilangkan konsentrasi pelajar dan pensyarah. Keadaan ini telah menyebabkan masalah sampingan seperti terpaksa menyediakan slot pembentangan di waktu malam dan mewujudkan suasana yang tidak kondusif dalam studio. Oleh itu, inovasi "smart panel" telah dihasilkan bersesuaian dengan meja dan ruang studio sediada untuk menambah baik peralatan sediada dengan mengambilkira faktor masa, kos dan ruang semasa. "Smart Panel' ini adalah lebih efisien dan mudah untuk dikendalikan. Ujilari terhadap sistem ini menunjukkan masa pembentangan pelaj ar dapat disingkatkan daripada satu (1) j am (menggunakan panel biasa) kepada setengah (1/2) jam (menggunakan "smart panel"). Selain itu, ia dapat menjimatkan kos PnP. Justeru, diharap inovasi ini dapat diaplikasikan pada seluruh UiTM, malah organisasi lain |
---|