Cadangan merekabentuk Restoran Pine 38, No. 47 Jalan PJU5/20, The Strand Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan / Izreen Noor Isnaini
Laporan ini adalah mengenai cadangan merekabentuk Restoran Pine 38 yang terletak di No. 47, Jalan PJU5/20, The Strand Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Laporan ini disediakan berdasarkan projek yang telah dipilih sebagai meiengkapkan projek akhir kursus Senibina Dalaman. Secara keseluru...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20622/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20622/1/PPd_IZREEN%20NOOR%20ISNAINI%20AP%2009_5.pdf |
Summary: | Laporan ini adalah mengenai cadangan merekabentuk Restoran Pine 38 yang terletak di No. 47, Jalan PJU5/20, The Strand Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Laporan ini disediakan berdasarkan projek yang telah dipilih sebagai meiengkapkan projek akhir kursus Senibina Dalaman. Secara keseluruhannya, laporan ini menerangkan segala proses yang telah dilakukan sepanjang untuk menyiapkan projek akhir ini. Pada peringkat pertama adalah proses cadangan projek. Pada peringkat ini saya dikehendaki membuat usul untuk projek akhir ini dan telah mendapati projek merekabentuk Restoran Pine 38 adalah bersesuaian. Setelah cadangan projek diterima, maka proses menganalisa dan mengkaji tapak projek dijlankan. Dalam proses ini segala aspek pengkajian perlulah diteliti dan dianalisa dengan tepat bagi memudahkan proses rekabentuk berjalan dengan lancar. Pada peringkat kedua adalah proses “preliminary design" di mana dalam proses ini, cadangan rekabentuk telah dikemukakan. Cadangan dimulakan dengan bubble diagram dan juga carta matrik bagi menentukan ruang - ruang yang perlu ada dan cadangan ruang di dalam restoran. Space inventory juga dibuat bagi melihat peratusan ruang yang akan digunakan sama ada ianya melebihi, kurang ataupun sesuai dengan keluasan bangunan projek. Circulation di dalam bangunan juga perlu diambil kira. Seterusnya adalah proses membuat lukisan plan berdasarkan space planning yang telah diterima semasa dibincangkan bersama pensyarah dan klien. Di sini aspek detail pembinaan sangat dititikberatkan. Dalam proses ini beberapa lukisan seperti layout plan, section, elevation dan juga fagade perlu dihasilkan. Setelah semua lukisan diterima, lakaran idea rekabentuk dalam bentuk 3 dimensi perlu dilakarkan. Ini adalah bagi memudahkan idea dapat difahami dan imej sebenar restoran dapat ditunjukkan. Secara keseluruhannya, didapati bahawa sepanjang menjalankan tugasan untuk menyiapkan projek ini, banyak pengetahuan yang dapat diperoleh termasuklah dapat mengetahui bagaimana sesuatu projek itu berjalan. Selain itu didapati bahawa dengan membuat projek ini, pengetahuan mengenai rekabentuk restoran dapat ditambahkan dan berharap dapat mengaplikasikannya di dalam kehidupan. Dengan itu diharapkan agar projek ini dapat memberikan manfaat kepada semua dan berjaya untuk meiengkapkan kursus Senibina Dalaman dalam semester yang terakhir ini. |
---|