Dilema hak suami pasca penceraian: Suatu penelitian awal di Malaysia / Mohd Ab Malek Md Shah … [et al.]
Apabila kita berbicara tentang isu penceraian, tergambar kepada kita akan segala tuntutan yang berhak untuk dipohon oleh si isteri; secara langsung mahupun tidak langsung menurut syara'. Ini termasuklah hak untuk mendapatkan muta‘ah (pampasan atau ganti rugi akibat diceraikan), tuntutan nafkah...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20214/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20214/1/PRO_MOHD%20AB%20MALEK%20MD%20SHAH%20M%2017.pdf |
Summary: | Apabila kita berbicara tentang isu penceraian, tergambar kepada kita akan segala tuntutan yang berhak untuk dipohon oleh si isteri; secara langsung mahupun tidak langsung menurut syara'. Ini termasuklah hak untuk mendapatkan muta‘ah (pampasan atau ganti rugi akibat diceraikan), tuntutan nafkah ‘iddah, hadhanah (hak penjagaan anak), tuntutan nafkah anak, hak untuk menuntut harta sepencarian (jointly acquired property) serta tuntutan hutang (sekiranya masih belum dilangsaikan oleh si suami selama tempoh perkahwinan berlangsung). Hakikatnya, apabila sesuatu bahtera rumahtangga yang telah terbina sejak sekian lama karam dipukul gelombang kehidupan yang penuh cabaran mendatang, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir pihak akan mengambil jalan singkat dengan menuding jari ke atas kaum Adam; lantas bingkas mempersoalkan akan segala tuntutan hak yang boleh (wajib) dinikmati oleh bekas isteri menurut lunas – lunas perundangan secara hakiki. Ironinya, terdapat ramai di antara kita yang jarang untuk menyentuh akan segala hak yang wajar dipohon oleh pihak bekas suami akibat daripada kegagalannya untuk mempertahankan keutuhan “masjid” tersebut daripada runtuh begitu sahaja. Ini kerana; tiada terdapat sebarang kajian atau analisis khusus yang menjurus ke arah perbincangan berhubung segala hak bekas suami pasca penceraian. Selain itu, penulis turut membuat perbandingan secara umum terhadap peruntukan dari segi lunas – lunas perundangan terhadap segala tuntutan yang boleh dibuat oleh kedua – dua belah pihak daripada kedua – dua sistem yang terpakai di Malaysia. Justeru; adalah menjadi harapan penulis bahawa; menerusi penulisan yang berbentuk kualitatif ini; terdapat kefahaman yang lebih jelas terhadap segala tuntutan yang boleh dipohon oleh setiap pasangan dalam memastikan kebajikan dan keadilan antara kedua – dua belah pihak; termasuklah anak – anak supaya dapat dilestarikan secara situasi menang – menang (win – win situation). |
---|