Profil asnaf zakat di kalangan pelajar UiTM Melaka Kampus Bandaraya / Nor Rafedah Mohsan … [et al.]

Bantuan kewangan merupakan instrumen penting dalam membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pelajaran di institut pengajian tinggi (IPT). Selain daripada bantuan pinjaman PTPTN, bantuan wang zakat juga merupakan sumber utama bantuan kewangan pelajar di UiTM Melaka Kampus Bandaraya....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohsan, Nor Rafedah, Sharif, Dziauddin, Ab Hamid, Norafifah, Hashim, Siti Nurul Izza, Abu Karim, Rizuwan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20201/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20201/1/PRO_NOR%20RAFEDAH%20MOHSAN%20M%2017.pdf
Description
Summary:Bantuan kewangan merupakan instrumen penting dalam membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pelajaran di institut pengajian tinggi (IPT). Selain daripada bantuan pinjaman PTPTN, bantuan wang zakat juga merupakan sumber utama bantuan kewangan pelajar di UiTM Melaka Kampus Bandaraya. Pemohon yang memohon zakat pada setiap semester terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga. Ada yang terdiri daripada keluarga yang terlalu miskin dan tidak kurang juga yang datang daripada keluarga yang berkemampuan. Walaubagaimana pun proses saringan perlu dilakukan bagi memastikan agihan wang zakat adalah sampai kepada asnaf-asnaf yang layak sahaja. Setelah proses saringan selesai barulah wang zakat diagihkan mengikut asnaf tertentu. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti profil penerima wang zakat yang diagihkan di UiTM Melaka Kampus Bandaraya. Kajian ini menggunakan statistical descriptive dalam mendapatkan frekuensi bagi setiap pembolehubah-pembolehubah yang telah ditentukan. Pembolehubah dalam kajian profil ini termasuklah jantina, kawasan, pekerjaan ibubapa, pendapatan keluarga, asal dan kes-kes terpencil. Hasil daripada kajian mendapati setiap asnaf yang mendapat wang zakat mempunyai pendapatan yang hampir sama dan latarbelakang keluarga yang sederhana.