Pembangunan tanah wakaf melalui inovasi istibdal / Che Zuina Ismail … [et al.]

Pembangunan tanah wakaf yang inovatif melalui istibdal adalah sangat relevan dengan keperluan pembangunan harta tanah wakaf demi kepentingan umat Islam di Malaysia. Ianya akan memberi kemanfaatan yang bermakna sebagai mekanisme pembangunan harta tanah wakaf. Kaedah ini adalah suatu percambahan idea...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Che Zuina, Abu Bakar, Rubiah, Awang, Azarudin, Sulaiman, Noor Hasyimah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20141/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20141/1/PRO_CHE%20ZUINA%20ISMAIL%20M%2017.pdf
Description
Summary:Pembangunan tanah wakaf yang inovatif melalui istibdal adalah sangat relevan dengan keperluan pembangunan harta tanah wakaf demi kepentingan umat Islam di Malaysia. Ianya akan memberi kemanfaatan yang bermakna sebagai mekanisme pembangunan harta tanah wakaf. Kaedah ini adalah suatu percambahan idea ke arah tindakan yang bersifat kreatif dan proaktif berpaksikan kepada hukum syarak. Penulisan secara konseptual ini menggarapkan penjelasan asas kepada keperluan kaedah istibdal demi kelangsungan pembangunan tanah wakaf. Sistem perundangan Islam telah membuka ruang yang amat kondusif kepada pemikir dan cendikiawan Islam semasa untuk mencernakan idea-idea bernas dalam pembangunan tanah wakaf. Beberapa pandangan ulama telah menjadi medan perbincangan yang menjadi pemangkin ke arah usaha pembangunan wakaf secara kolektif, mampu memenuhi keperluan dan kehendak semasa yang disifatkan sebagai kesyumulan dalam Islam yang dapat menampung dan menyelesaikan segala permasalahan semasa. Ternyata majoriti mazhab menerima konsep istibdal sebagai satu medium ke arah pelaksanaan pembangunan tanah wakaf yang lebih efektif dan amalannya yang telah diaplikasikan oleh kebanyakan Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN).