Stail abstrak arca awam Kuala Lumpur: refeleksi terhadap tegahan agama Islam membina arca berbentuk figura bernyawa / Rosli Zakaria

Kepesatan pembangunan serta komodenan bandaraya Kuala Lumpur telah membuka peluang kepada area awam berkembang seiring dengan binaan-binaan yang lain. Area awam yang wujud di Bandaraya Kuala Lumpur mampu menjadi ikon bagi Bandaraya Kuala Lunlpur seterusnya negara Malaysia. Area awarm mempunyai peran...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zakaria, Rosli
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20097/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20097/1/PRO_ROSLI%20ZAKARIA%20M%2016.pdf
Description
Summary:Kepesatan pembangunan serta komodenan bandaraya Kuala Lumpur telah membuka peluang kepada area awam berkembang seiring dengan binaan-binaan yang lain. Area awam yang wujud di Bandaraya Kuala Lumpur mampu menjadi ikon bagi Bandaraya Kuala Lunlpur seterusnya negara Malaysia. Area awarm mempunyai peranan dalam mengimbangi kemajuan fizikal serta mampu menjadi alat untuk mengekspresikan sesuatu yang menjadi dasar-dasar kerajaan. Dalam kertas kerja ini, kajian telah dibuat dengan mengambil sebanyak 50 buah awam di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Area-area tersebut telah dipilih untuk dijadikan data kajian. Kajian ini telah dijalankan secara kualitatif denggan menggunakan dua kaedah iaitu pengamatan (obesravation) dan analisi isi (content analaysis). Dapatan kajian telah menyatakan bahawa dua kategori area awam telah dikenalpasti dari segi stailnya iaitu area awam berbentuk realistik dan area awam berbentuk abstrak. Hampir kesemua area awam berstail realistik telah dihasilkan di tahun 20an hingga 60an terutamanya oleh pengarea luar negara. Kongres Kebudayaan 1971 dan konvensyen akar-akar pribumi telah menjadi pemangkin kepada pengarea menghasilkan area abstrak yang mempunyai identiti tempatan. Menjelang tahun 1980 telah muncul gerakan islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia, ini turut menjadi pemangkin kepada penghasilan area bersifat abstrak. Stail abstrak yang dibawa oleh pengarea tempatan merupakan jawapan kepada penolakan area berbentuk realistik khususnya yang menampilkan imej bernyawa. Selepas hampir 30 tahun merdeka barulah muncul pengarea tempatan menghasilkan area awam di Bandaraya Kuala Lumpur. Sehingga kini kesedaran perlunya ruang terbuka diisi dengan area awam semangkin rancak berlaku, keperihatin pihak kerajaan maupun swasta memberi kemungkinan yang menarik untuk area awam berkembang di Malaysia. Area bersifat abstrak memberikan penampilan moden terhadap bangunan dan persekitarannya dan yang lebih menarik lagi area awam yang sedemikian menjadi jawapan kepada larangan agama islam terhadap area yang dihasilkan dari subjek makhluk bernyawa. Malaysia harus berbangga dengan setiap area awamnya yang mempunyai identiti islamik serta mencerminkan identiti lokal.