Penghayatan nilai-nilai patriotisme dalam arca awam pelajar UiTM Melaka sempena pertandingan hiasan patriotisme daerah Alor Gajah / Wan Mohd Zulkifle Wan Yaacob...[et.al]

Patriotisme adalah sikap perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Nilai- nilai dalam patriotisme pula terdiri daripada berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan dan berdisiplin. Ciptaan karya- karya kreatif dapat mengekspresikan nilai- nilai patriotisme ya...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Yaacob, Wan Mohd Zulkifle, Abdulah, Nur Hasliza, Osman, Amiruddin, Samsudin, Muhammad Fitri, Bebit, Mohd. Ali Azraei, Mohd Kaulan, Shahrul Munir, Sabu, Mohd Shaharudin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20029/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20029/1/PRO_WAN%20MOHD%20ZULKIFLE%20WAN%20YAACOB%20M%2016.pdf
Description
Summary:Patriotisme adalah sikap perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Nilai- nilai dalam patriotisme pula terdiri daripada berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan dan berdisiplin. Ciptaan karya- karya kreatif dapat mengekspresikan nilai- nilai patriotisme yang telah diterapkan kepada masyarakat sejak mencapai pasca kemerdekaan suatu ketika dahulu. Maka kertas kerja ini adalah bertujuan untuk membincangkan dan mengupas nilai- nilai patriotism yang diterapkan dalam reka bentuk arca pelajar. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti faktor- faktor keberkesanan reka bentuk arca dalam mendokong semangat kemerdekaan. Kajian lebih tertumpu kepada kaedah tinjauan dan kajian lapangan. Sementara, instrument yang digunakan dalam kajian adalah kamera DSLR dan sesi temubual. Analisis kajian pula berfokus kepada analisis tampak berdiskriptif dan analisis fakta. Hasil daripada kajian, didapati dari aspek estetika nilai- nilai patriotisme dapat dihayati melalui reka bentuk arca berpresentasi figura yang dinamik yang dapat dimanifistasikan sebagai semarakkan semangat waja. Reka bentuknya yang jitu pada struktur dan bentuk keseluruhan arca mengibarkan bendera Malaysia melambangkan kekukuhan, kesetiaan dan kecintaan rakyat terhadap negara. Dari aspek formalistik pula, faktor- faktor keseimbangan, strukur yang dinamik, kepelbagaian elemen, keharmonian warna dan bentuk berperanan untuk melonjakkan nilai- nilai estetika arca. Faktor- faktor teknikal seperti teknik penghasilan arca yang baik serta kukuh dapat menyokong nilai keindahan arca. Kesimpulannya seni yang diciptakan dapat dihubungkan melalui meningkatkan nilai kesedaran dan semangat kecintaan terhadap negara seterusnya mewujudkan perpaduan dikalangan masyarakat.