Pembangunan instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) di Malaysia / Najahudin Lateh
Fenomena pelaburan emas pada masa kini memerlukan suatu garis panduan syariah yang spesifik dan komprehensif kerana terdapat ketidaksepakatan dalam kalangan ulama tentang hukum-hakam transaksi emas. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang standard...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Institute of Graduate Studies, UiTM
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20022/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20022/1/ABS_NAJAHUDIN%20LATEH%20TDRA%20VOL%2010%20IGS%2016.pdf |
Summary: | Fenomena pelaburan emas pada masa kini memerlukan suatu garis panduan syariah yang spesifik dan komprehensif kerana terdapat ketidaksepakatan dalam kalangan ulama tentang hukum-hakam transaksi emas. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang standard berasaskan senario transaksi di Malaysia. Kajian ini menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan pendekatan kajian Reka bentuk dan Pembangunan oleh Richey & Klein (2007) yang diubah suai melalui tiga fasa; analisis, reka bentuk dan penilaian. Fasa pertama bertujuan untuk mengenal pasti kriteria yang diperlukan untuk membangunkan panduan patuh syariah yang komprehensif dalam pelaburan emas. Fasa kedua bertujuan untuk mereka bentuk konstruk iPEPS yang disepakati pakar muamalat sementara fasa ketiga menilai tahap kualiti kesahannya dan menghasilkan profil pelaburan emas. Kutipan data bagi fasa pertama, iaitu analisis melibatkan 56 pelabur emas dan tiga orang pakar dengan menggunakan set soal selidik dan temu bual berstruktur. Data bagi fasa ini dianalisis menggunakan nilai taburan frekuensi dan peratus serta transkripsi temu bual… |
---|