Genre historiografi Ibn al-Athir / Norsaeidah Jamaludin … [et al.]

cIzz al-Din Abu al-Hasan cAli Ibn Muhammad al-Jazari atau dikenali sebagai Ibn al-Athir al-Jazari merupakan sejarawan Islam berbangsa Arab keturunan Bani Shayban (Tulaymat 1969: 13) yang berasal dari Jazirah Ibn cUmar. Gelaran al-Athir diberikan kerana kelebihan yang dimilikinya iaitu berkebolehan d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jamaludin, Norsaeidah, Abdul Razak, Abdul Qayuum, Abd Kadir, Nor Adina, Md Nasir, Mariam Farhana
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19878/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19878/1/PRO_NORSAEIDAH%20JAMALUDIN%20M%2017.pdf
Description
Summary:cIzz al-Din Abu al-Hasan cAli Ibn Muhammad al-Jazari atau dikenali sebagai Ibn al-Athir al-Jazari merupakan sejarawan Islam berbangsa Arab keturunan Bani Shayban (Tulaymat 1969: 13) yang berasal dari Jazirah Ibn cUmar. Gelaran al-Athir diberikan kerana kelebihan yang dimilikinya iaitu berkebolehan dalam bidang sejarah dan pada masa sama dikenali kerana menghasilkan karya al-Kamil fi al-tarikh (Mahayudin 1986: 460). Keistimewaan tersebut dibuktikan dengan terhasilnya beberapa karya sejarah seperti Usd al-ghabah fi macrifat al-sahabah, al-Lubab fi tadhzib al-ansab dan al-Tarikh al-bahir fi al-dawlah al-atabikiyyah. Namun terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana tentang genre karya beliau. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai genre historiografi Ibn al-Athir. Kajian ini keseluruhannya, mengaplikasi analisis dokumen dan teks dengan merujuk kata pengantar karya-karya Ibn al-Athir iaitu al-Kamil, Usd al-ghabah, al-Lubab dan al-Tarikh al-bahir. Perbincangan mendapati Ibn al-Athir memulakan fokus penulisan kepada genre sirah sahabat dahulu dan diikuti bidang genealogi, kemudian sejarah universal dan kontemporari.