Pengukuran disleksia Al-Quran dalam kalangan murid sekolah rendah / Amiyamin Haji Mohamad Yusop
Kesedaran dan minat terhadap masalah membaca adalah konsisten sehingga menghasilkan banyak kajian dan inovasi dalam pendidikan. Begitulah juga halnya dengan kajian berkenaan masalah membaca al- Quran di Malaysia. Kajian-kajian lalu berkenaan masalah membaca al- Quran membuktikan bahawa golongan yang...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Institute of Graduate Studies, UiTM
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19828/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19828/2/ABS_AMIYAMIN%20MOHAMAD%20YUSOP%20TDRA%20VOL%2012%20IGS%2017.pdf |
Summary: | Kesedaran dan minat terhadap masalah membaca adalah konsisten sehingga menghasilkan banyak kajian dan inovasi dalam pendidikan. Begitulah juga halnya dengan kajian berkenaan masalah membaca al- Quran di Malaysia. Kajian-kajian lalu berkenaan masalah membaca al- Quran membuktikan bahawa golongan yang lemah dalam pembacaan ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor latar belakang keluarga, tahap ekonomi, faktor pendidikan ibu bapa, bahan bantu mengajar, minat dan lain-lain. Kajian-kajian lalu juga menunjukkan bahawa faktor disleksia tidak dibincangkan sebagai punca murid lemah dalam menguasai kemahiran membaca al-Quran di Malaysia. Kajian berkenaan masalah disleksia harus dilaksanakan kerana disleksia merupakan antara punca mengapa murid gagal dalam menguasai kemahiran membaca sedangkan mereka telah mengalami proses pembelajaran yang secukupnya sama seperti rakan sebaya mereka yang lain (Lee, 2004). Oleh itu, adalah menjadi keutamaan untuk membina alat ukur bagi mengenal pasti disleksia dalam membaca al-Quran. |
---|