Cadangan merekabentuk galeri kaligrafi di Ukay Boulevard, Lot Pt 2633, Jalan Lingkaran Tengah 2 daerah Gombak Selangor Darul Ehsan / Amirul Firdaus Mohd Hatta
Tulisan tertua di Malaysia iaitu kaligrafi khat telah di guna pakai sejak dari sebelum masihi. Tetapi, di era yang kian membangun kini penggunaan kaligrafi jawi kini kian dilupakan oleh golongan muda dan penduduk Malaysia. Kaligrafi jawi atau khat merupakan tulisan yang berasal dari Arab, dimana pen...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/18830/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/18830/1/PPd_AMIRUL%20FIRDAUS%20MOHD%20HATTA%20AP%2012_5.pdf |
Summary: | Tulisan tertua di Malaysia iaitu kaligrafi khat telah di guna pakai sejak dari sebelum masihi. Tetapi, di era yang kian membangun kini penggunaan kaligrafi jawi kini kian dilupakan oleh golongan muda dan penduduk Malaysia. Kaligrafi jawi atau khat merupakan tulisan yang berasal dari Arab, dimana penggunaannya meluas digunakan dalam penyebaran islam sehinggalah ia masuk dan digunakan di Malaysia. Tujuan cadangan merekabentuk galeri kaligrafi di Ukay Boulevard, Lot PT 2633, Jalan Lingkaran Tengah 2 Daerah Gombak Selangor Darul Ehsan adalah untuk mengembangkan pengetahuan kaligrafi kepada rakyat Malaysia dan untuk memartabatkan juga mempertingkatkan penggunaan kaligrafi hingga ke peringkat yang tertinggi. Terdapat beberapa galeri yang masih menerapkan unsur-unsur khat jawi berdasarkn pemerhatian dan penyelidikkan yang dijalankan contohnya di galeri Selangor Shah Alam, dimana galeri tersebut kurang tarikan pelanggan dan modul pameran yang digunakan telah lama sejak dari pembukaan galeri tersebut. Diwani Kraf merupakan satu pengusaha yang mengeluarkan dan menghasilkan produk kaligrafi dan juga turut membuka kelas khat diatas tujuan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan kaligrafi tersebut. Terdapat beberapa isu yang menjadi titik tolak di dalam cadangan merekabentuk galeri baru ini, antaranya ialah tiada tempat yang sesuai untuk mempamirkan hasil karya, kekurangan ruang dan ketiadaan kedai untuk menjual hasil-hasil produk tersebut. Di bawah persetujuan Persatuan Seni Khat Malaysia projek ini adalah untuk menyediakan tempat yang lebih sesuai untuk tujuan pameran dan galeri di dalam memartabatkan seni khat di masa hadapan. Konsep yang diadiptasikan di dalam galeri ialah 'Kesucian Intipati Khat' dimana kesucian makna dalam tulisan khat yang terdiri dari ayat Quran adalah suci dan sebaik baik kalimah Allah. Inilah yang ingin di sampaikan kepada pengunjung bahwasanya kecantikkan dan kesenian tulisan khat itu bukan sahaja terletak pada bentuk dan kecantikkan luaran tetapi dari makna ayat Quran itu sendiri. Unsur unsur khat seperti Nastaliq 'tergantung', melengkung, bersambung, dan berbentuk digunakan dalam unsur rekabentuk galeri. Moden kontemporari, Hi-tech, dan futuristik adalah gambaran bagi rekabentuk galeri. |
---|