Manual perancangan pengurusan produksi luar negara ke Malaysia / Nur Farrah Khasim

Bab ini akan menerangkan mengenai keseluruhan kajian dan dipecahkan dengan lima bab yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti prosedur yang perlu dibuat bagi pihak produksi dari luar negara yang mahu menjalankan sebarang penerbitan atau persembahan di Ma...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Khasim, Nur Farrah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2016
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16880/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16880/2/PPb_NUR%20FARRAH%20KHASIM%20FF%2016_5.pdf
Description
Summary:Bab ini akan menerangkan mengenai keseluruhan kajian dan dipecahkan dengan lima bab yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti prosedur yang perlu dibuat bagi pihak produksi dari luar negara yang mahu menjalankan sebarang penerbitan atau persembahan di Malaysia seterusnya mendokumentasikan suatu manual perancangan yang dapat memudahkan pihak produksi dari luar negara. Seperti yang diketahui umum, Malaysia adalah suatu lokasi sangat strategik dengan kemudahan yang lengkap untuk menjalankan penggambaran. Tambahan lagi, dengan kewujudan studio Pinewood di Iskandar Malaysia yang mempunyai fasiliti yang sangat moden untuk menghasilkan filem. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, manual membawa maksud suatu buku yang mengandungi garis panduan dan maklumat untuk melaksanakan dan melicinkan sesuatu aktiviti. Buku panduan ini kebanyakkannya dibuat dan diterbitkan sendiri oleh sesuatu jabatan atau agensi yang menyediakan sesuatu perkhidmatan sama ada sektor swasta atau kerajaan. Namun terdapat juga organisasi yang tidak menyediakan buku panduan. Manual perancangan adalah penting bagi sesebuah organisasi supaya individu yang hendak berurusan dengan organisasi tersebut tidak akan tertanya-tanya akan prosedur yang perlu mereka ikut untuk menyelesaikan urusan mereka. Menurut Kamus Pelajar Edisi Keempat, perancangan pula membawa maksud perbuatan atau tindakan dalam mengadakan sesuatu acara. Menurut Azman Che Omar (2014), perancangan adalah suatu titik penanda yang akan menjadi rujukan semula pengurus bagi membuat keputusan atau pilihan yang lebih tepat untuk melicinkan pengurusan. Melalui perancangan juga sesebuah organisasi dapat mengoptimumkan sumber dan juga mengelakkan pembaziran. Manakala manual perancangan pula berdefinisi suatu bahan bercetak yang mengandungi pelan perancangan dan garis panduan yang perlu diikut oleh pihak luar yang mahu menjalankan penerbitan di Malaysia.