Teleologi : konsep moraliti dalam dua filem arahan Liew Seng Tat / Muhammad Rizal Zaman

Kajian ini merupakan kajian pendekatan konsep teleologi yang terdapat di dalam filem arahan Liew Seng Tat iaitu Flower in The Pocket (2007) dan Lelaki Harapan Dunia (2014) dalam mengangkat filem Malaysia sebagai filem yang mempunyai elemen falsafah. Matlamat utama penyelidikan adalah bertujuan mengi...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zaman, Muhammad Rizal
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16867/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16867/2/PPb_MUHAMMAD%20RIZAL%20ZAMAN%20FF%2016_5.pdf
Description
Summary:Kajian ini merupakan kajian pendekatan konsep teleologi yang terdapat di dalam filem arahan Liew Seng Tat iaitu Flower in The Pocket (2007) dan Lelaki Harapan Dunia (2014) dalam mengangkat filem Malaysia sebagai filem yang mempunyai elemen falsafah. Matlamat utama penyelidikan adalah bertujuan mengisi jurang dan mengatasi masalah kekurangan bahan atau sumber rujukan terhadap bidang falsafah di dalam filem. Kaedah kajian yang digunakan adalah menggunakan kaedah analisis teks berdasarkan dua buah filem yang dikaji oleh pengarang iaitu filem Flower in The Pocket (2007) dan Lelaki Harapan Dunia (2014). Konsep teleologi dan etika yang dinyatakan oleh ahli falsafah terkemuka Immanuel Kant dalam bukunya Critique of Judgement akan dikaji melalui dua buah filem yang digunakan dalam kajian ini. Pengarang juga akan menggunakan teori daripada ahli falsafah lain seperti Aristotle mengenai konsep teleologi yang dinyatakan oleh beliau. Selain itu, kajian juga bertujuan memberikan pengetahuan mengenai elemen falsafah yang terdapat dalam filem-filem yang dihasilkan di Malaysia.