Penilaian kesahan instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) dengan menggunakan model pengukuran Rasch / Najahudin Lateh … [et al.]

Kertas kerja ini menjelaskan proses penilaian kesahan dan kebolehpercayaan sebuah panduan baru iaitu instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS). Instrumen ini terdiri daripada 33 item di bawah tiga dimensi yang telah disoal selidik kepada 27 pelabur dan institusi pelaburan emas di Malaysia. Mode...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Lateh, Najahudin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16661/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16661/2/PRO_NAJAHUDIN%20LATEH%20M%2015.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini menjelaskan proses penilaian kesahan dan kebolehpercayaan sebuah panduan baru iaitu instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS). Instrumen ini terdiri daripada 33 item di bawah tiga dimensi yang telah disoal selidik kepada 27 pelabur dan institusi pelaburan emas di Malaysia. Model Rasch digunakan untuk memastikan kesahannya melalui dua kriteria; (1) ukuran titik korelasi (PTMEA CORR) dan (2) statistik padanan (infit /outfit MNSQ dan z-std). Dapatan kajian menunjukkan indeks kebolehpercayaan untuk responden dan item adalah tinggi (r = 0.91) dan (r = 0.81), masing-masing dengan Cronbach alpha 0.93. Pada masa yang sama, item separation adalah 2.07 sementara person separation 3.15. Dari aspek polariti item, kebanyakkan item menyumbang kepada pengukuran kerana semua nilai PTMEA CORR adalah positif antara +0.44logit hingga +1.66logit kecuali item A03 (-0.17logit). Ujian fit item menunjukkan nilai keseluruhan min infit MNSQ dan SD adalah antara +0.68logit hingga +1.30logit. Satu item, iaitu A03 berada pada julat pengguguran dengan nilai PTMEA CORR negatif dan outfit z-std 2.9. Dapatan kajian menunjukkan item iPEPS telah menggugurkan satu item (A03) kerana tak sepadan dengan model Rasch sementara 32 item daripada 33 asal dikekalkan.