Sikap dan motivasi pelajar sekolah swasta setiabudi terhadap bahasa Melayu / Nor Fatin Humairah Zawawi

Kajian ini dijalankan untuk melihat sikap dan motivasi pelajar sekolah menengah swasta Setiabudi terhadap bahasa Melayu. Seramai 50 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dari aliran sains tulen dan perdagangan terlibat dalam kajian ini. Untuk memenuhi objektif kajian ini, borang so...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zawawi, Nor Fatin Humairah
Format: Student Project
Language:English
Published: Academy of Language Studies 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16231/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16231/1/PPb_NOR%20FATIN%20HUMAIRAH%20%20ZAWAWI%20APB%2016_5.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk melihat sikap dan motivasi pelajar sekolah menengah swasta Setiabudi terhadap bahasa Melayu. Seramai 50 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dari aliran sains tulen dan perdagangan terlibat dalam kajian ini. Untuk memenuhi objektif kajian ini, borang soal selidik tentang sikap dan motivasi pelajar telah diedarkan kepada responden untuk mendapatkan hasil kajian. Kemudian, temubual secara rawak juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Data yang diperoleh, dianalisis berdasarkan kaedah kuantitatif asas dengan melihat kepada peratusan responden yang bersetuju dengan kenyataan yang terdapat dalam borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tingkatan empat sekolah menengah Setiabudi mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi terhadap bahasa Melayu. Hasil kajian juga mendapati bahawa, guru memainkan peranan penting dalam membentuk sikap pelajar terhadap bahasa Melayu.