Perlambangan imej orang muda dan orang tua dalam peribahasa Melayu: analisis teori relevans / Nurul Aida Nadira Anuar

Peribahasa merupakan satu rumusan ringkas dan padat yang mencerminkan kebijaksanaan masyarakat Melayu melalui tafsiran penggunaan sesuatu lambang yang wujud di persekitaran mereka. Kajian ini bermatlamat untuk menjelaskan secara sintesis mengenai perlambangan imej orang muda dan orang tua yang digun...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Anuar, Nurul Aida Nadira
Format: Student Project
Language:English
Published: Academy of Language Studies 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16225/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16225/1/PPb_NURUL%20AIDA%20NADIRA%20ANUAR%20APB%2016_5.pdf
Description
Summary:Peribahasa merupakan satu rumusan ringkas dan padat yang mencerminkan kebijaksanaan masyarakat Melayu melalui tafsiran penggunaan sesuatu lambang yang wujud di persekitaran mereka. Kajian ini bermatlamat untuk menjelaskan secara sintesis mengenai perlambangan imej orang muda dan orang tua yang digunakan dalam peribahasa Melayu dengan menggunakan teori Relevans. Data kajian ini diambil daripada bab satu (1), bab dua (2), bab lima (5), bab enam (6), dan bab tujuh (7) dalam CD-ROM Tikaman Bahasa (Siri Koleksi Warisan) yangditerbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2002. Melalui kajian ini, unsur-unsur perlambangan imej orang muda dan orang tua yang digunakan dalam peribahasa Melayu dibincangkan secara terperinci dengan menggunakan teori Relevans. Unsur-unsur perlambangan imej orang muda dan orang tua juga dianalisis berdasarkan aspek makna perlambangan yang digunakan dalam peribahasa Melayu. Selain itu, kajian yang dilakukan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pola jenis perlambangan imej orang muda dan orang tua yang sering digunakan dalam peribahasa Melayu. Kajian ini memperlihatkan bahawa perlambangan imej orang tua yang digunakan dalam peribahasa Melayu lebih banyak mengandungi makna negatif berbanding perlambangan imej orang muda yang lebih menonjol dengan makna positif. Oleh itu, kajian ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu telah berjaya melihat kepada persekitaran sekeliling mereka dan pengalaman hidup mereka dalam membina dan memilih perlambangan yang sesuai digunakan dalam sesebuah peribahasa sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat Melayu merupakan sebuah masyarakat yang kreatif kerana dapat menyesuaikan perlambangan yang dikaitkan dengan persekitaran kognitif mereka ke dalam sesebuah peribahasa.