Metafora dalam kartun editorial Senyum Kambing: analisis teori hibrid / Noor Nazirah Jaafar
Kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti metafora yang terdapat dalam kartun editorial Senyum Kambing dan menganalisis unsur positif dan negatif dalam kartun ini berdasarkan penghasilan rantau konsepsi. Kajian ini dihasilkan kerana kurangnya kajian metafora dalam kartun editorial. Data diperoleh...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Academy of Language Studies
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16216/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16216/1/PPb_NOOR%20NAZIRAH%20JAAFAR%20APB%2016_5.pdf |
Summary: | Kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti metafora yang terdapat dalam kartun editorial Senyum Kambing dan menganalisis unsur positif dan negatif dalam kartun ini berdasarkan penghasilan rantau konsepsi. Kajian ini dihasilkan kerana kurangnya kajian metafora dalam kartun editorial. Data diperoleh daripada laman sesawang rasmi Utusan Online http://www.utusan.com.my/. Tahun yang dipilih dalam menganalisis kajian ini ialah tahun 2012 sehingga tahun 2014. Tahun-tahun ini dipilih adalah untuk melihat situasi sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Kajian ini menggunakan teori yang telah diperkenalkan oleh Tendahl pada tahun 2009 iaitu Teori Hibrid. Teori ini telah mengacukan dua pendekatan linguistik iaitu linguistik kognitif dan pragmatik. Pada tahun 2010, Stöver telah memurnikan teori ini. Teori ini ditunjangi oleh proses tiga serangkai (triple-processing) yang terdiri daripada proses simulasi, proses penakbiran dan proses metarepresentasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya penggunaan metafora dalam kartun editorial Senyum Kambing. Metafora yang terdapat dalam kartun editorial Senyum Kambing terbahagi kepada dua jenis iaitu Metafora Konvensional dan Metafora Linguistik. Kajian ini juga mendapati bahawa metafora lebih kerap digunakan dalam bidang berita politik dan peratus bagi unsur negatif lebih tinggi berbanding unsur positif kerana kartun editorial berfungsi sebagai sindiran dan nasihat. |
---|