Analisis semantik kognitif pantun melayu / Muhamad Fadzllah Hj Zaini
Pantun Melayu merupakan bicara berirama yang menonjolkan kebijaksanaan akal budi Melayu.Kajian ini memberi tumpuan kepada pantun Melayu yang mempunyai unsur flora dan fauna yang ada dalam setiap rangkap pantun. Kajian ini mengkaji mekanisme kognitif yang membolehkan masyarakat Melayu membentuk pantu...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Academy of Language Studies
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16202/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16202/1/PPb_MUHAMAD%20FADZLLAH%20HJ%20ZAINI%20APB%2016_5.pdf |
Summary: | Pantun Melayu merupakan bicara berirama yang menonjolkan kebijaksanaan akal budi Melayu.Kajian ini memberi tumpuan kepada pantun Melayu yang mempunyai unsur flora dan fauna yang ada dalam setiap rangkap pantun. Kajian ini mengkaji mekanisme kognitif yang membolehkan masyarakat Melayu membentuk pantun yang menggunakan unsur flora dan fauna dari sudut linguistik kognitif.Khususnya, melihat kepada peranan metafora Rantaian Mahkluk Utama (RUM).Sebanyak tiga puluh data dipilih daripada buku Kurik Kundi Merah Saga : Kumpulan Pantun Lisan Melayu (2009) berdasarkan tema kasih sayang.Terdapat tiga objektif utama yang menjadi landasan kepada kajian ini, mengenal pasti unsur flora dan fauna, mengenal pasti akal budi Melayu dalam pemilihan unsur dan menganalisis pemetaan semantik terhadap pantun tersebut.Analisis menunjukkan bahawa unsur flora dan fauna ini memberi gambaran tingkah laku dan nilai manusia yang dipancarkan melalui pantun Melayu. Kesimpulannya, kajian ini telah menjelas dan memperincikan peranan pantun berdasarkan pemetaan semantik selari dengan pembentukkan akal budi Melayu dalam pantun Melayu ini. |
---|