Kajian terhadap panggung wayang jenis lama dan baru (Sinepleks) dari segi teknologi penayangan (satu kajian asas) / Haryati Hashim

Kajian ini bertujuan untuk melihat perkembangan teknologi (secara asas) sahaja terhadap pawagam jenis lama dan baru (Sinepleks). Hanya empat pawagam yang telah dipilih iaitu dua buah pawagam baru (Sinepleks) iaitu Tanjong Golden Village Cinema (TGV) Jusco Bukit Raja, Klang dan Golden Screen Cinemas...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hashim, Haryati
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Artistic and Creative Technology 2006
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16000/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16000/1/PPb_HARYATI%20HASHIM%20%2006_5.PDF
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat perkembangan teknologi (secara asas) sahaja terhadap pawagam jenis lama dan baru (Sinepleks). Hanya empat pawagam yang telah dipilih iaitu dua buah pawagam baru (Sinepleks) iaitu Tanjong Golden Village Cinema (TGV) Jusco Bukit Raja, Klang dan Golden Screen Cinemas (GSC) Shaw Centre Point, Klang. Manakala dua buah pawagam lama yang telah dipilih adalah Coliseum dan Odeon Iswaria, Kuala Lumpur. Metodologi yang digunakan adalah menggunakan kaedah kajian komparatif bagi melihat perbezaan keenam-enam elemen yang berkaitan dengan teknologi penayangan (secara asas). Hasil kajian mendapati keempat-empat buah pawagam mempraktikkan teknologi di dalam pawagam. Walau bagaimanapun, hanya pawagam Tanjong Golden Village Cinema (TGV) Jusco Bukit Raja, Klang yang mengaplikasikan keseluruhan pengoperasian pawagam seperti sistem bunyi, projector dan skrin dikawal sepenuhnya oleh komputer . Secara keseluruhannya, perbezaan yang dikenal pasti melalui kajian ini adalah skrin di mana kecanggihan skrin Tanjong Golden Village Cinema (TGV) Jusco Bukit Raja, Klang adalah setiap lapan (8) ruang sinema mempunyai saiz skrin yang sama namun, penggunaan Wide Screen dan Cinema Scope (Anamorphic) digunakan berdasarkan jenis filem yang akan di tayangkan pada skrin. Manakala bagi sistem bunyi, TGV juga menggunakan sistem By Pass sebagai inesiatif sekiranya terdapat sistem bunyi yang gagal beroperasi.