Projek antologi cerpen sang orient: kajian terhadap konsep orientalisme / Nurul Nadiah Mior Zulfli
Tujuan kajian projek ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan konsep orientalisme oleh Edward Said. Konsep ini mengutarakan isu hujahan orientalis (barat) terhadap dunia Timur. Kajian projek ini juga ingin mendedahkan kebenaran terhadap hujahan para orientalis yang dipersembahkan melalui kisah-kis...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Film, Theatre and Animation
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15946/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15946/1/PPb_NURUL%20NADIAH%20MIOR%20ZULFLI%20FF%2015_5.pdf |
Summary: | Tujuan kajian projek ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan konsep orientalisme oleh Edward Said. Konsep ini mengutarakan isu hujahan orientalis (barat) terhadap dunia Timur. Kajian projek ini juga ingin mendedahkan kebenaran terhadap hujahan para orientalis yang dipersembahkan melalui kisah-kisah di dalam antologi cerpen. Kajian projek antologi cerpen yang berjudul Sang Orient dihasilkan dengan menerapkan elemen-elemen orientalisme di dalam setiap cerpen yang dihasilkan. Projek antologi cerpen ini telah dibina berdasarkan watak dan perwatakan masyarakat Timur. Manakala, konflik-konflik dan isu-isu yang diangkat di dalam karya ini memaparkan sejarah dan kesan orientalisme terhadap masyarakat Timur. Sebagai usaha untuk membina kerangka cerpen yang seiring dengan konsep, kaedah analisis data teori beralas (coding) telah digunakan dalam kajian projek ini. Pada masa akan datang, penulis berharap agar topik sebegini dikaji dengan lebih mendalam dalam usaha untuk mencari kebenaran dan menolak segala tuduhan yang tidak wajar. |
---|