Projek penulisan Novel Nabi: Teori takmilah dalam naratif bergenre Islami / Mohd Fatrim Syah Abd Karim
Tujuan kajian dan projek ini dijalankan adalah untuk mengetengahkan satu bentuk penulisan baru yang berlandaskan akidah dalam karya-karya berunsur Islam. Pengharaman empat buah novel Faisal Tehrani yang berunsur Islam mencetuskan idea kepada kajian ini dengan matlamat untuk membuktikan terdapatnya s...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Film, Theatre and Animation
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15932/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15932/1/PPb_MOHD%20FATRIM%20SYAH%20BIN%20ABD%20KARIM%20FF%2015_5.pdf |
Summary: | Tujuan kajian dan projek ini dijalankan adalah untuk mengetengahkan satu bentuk penulisan baru yang berlandaskan akidah dalam karya-karya berunsur Islam. Pengharaman empat buah novel Faisal Tehrani yang berunsur Islam mencetuskan idea kepada kajian ini dengan matlamat untuk membuktikan terdapatnya satu garis panduan penulisan yang mampu mengawal corak penulisan seseorang penulis meskipun mengandungi intipati yang menyentuh isu sensitiviti agama dan politik. Penggunaan kaedah kualitatif adalah kaedah yang paling sesuai terhadap tajuk yang dikaji dengan menjadikan sumber primer; temubual dan buku sebagai sumber rujukan utama. Projek penulisan novel Nabi mengisahkan tentang seorang anak muda dari kampung bernama Ubaidullah yang memasuki rancangan realiti televisyen ‘Pendakwah’ dan menjadi terkenal. Hasil kajian membuktikan projek penulisan novel Nabi berjaya dilaksanakan berpandukan teori sastera Islam iaitu teori takmilah. Teori yang dicipta oleh Shafie Abu Bakar diaplikasikan dalam usaha membuktikan terdapatnya satu garis panduan penulisan novel yang berlandaskan akidah dan membentuk sebuah kerangka novel yang berkesan. |
---|