Satira kesusasteraan dalam konteks sosiobudaya India (India): kajian terhadap filem 3 Idiots (2009) dan pk (2014) / Athirah Abdul Rahim
Satira adalah satu bentuk humor tinggi yang merangkumi mesej eksplisit dan implisit yang menyumbang kepada konsep ideologi dan propaganda. Justeru itu, kajian ini dilakukan adalah untuk menjawab objektif yang telah dibina iaitu mengenalpasti jenis-jenis elemen satira yang digunakan dalam filem 3 idi...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Film, Theatre and Animation
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15902/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15902/1/Ppb_ATHIRAH%20ABDUL%20RAHIM%20FF%2015_5.pdf |
Summary: | Satira adalah satu bentuk humor tinggi yang merangkumi mesej eksplisit dan implisit yang menyumbang kepada konsep ideologi dan propaganda. Justeru itu, kajian ini dilakukan adalah untuk menjawab objektif yang telah dibina iaitu mengenalpasti jenis-jenis elemen satira yang digunakan dalam filem 3 idiots dan PK serta menganalisis representasi elemen-elemen satira yang telah dikenalpasti menerusi sosiobudaya India: Pendidikan dan keagamaan. Untuk mengatasi kelompangan kajian lepas yang mendapati bahawa satira sudah ketinggalan zaman, konservatif, lapuk atau basi, kajian ini telah mengaplikasikan konsep satira Leonard Feinberg yang merangkumi elemen incongruity, reversal, parody dan exaggeration untuk mengkaji dan menganalisis aspek kompleksiti pendidikan dan keagamaan di India melalui filem 3 idiots dan PK sebagai medium mengkritik dan menyindir masyarakat India seterusnya membuktikan kerelevanan idea mengenai pemikiran satira yang dilihat mampu digunapakai di dalam era ini. Kaedah utama penyelidikan yang digunakan adalah kaedah analisis tekstual: analisis kandungan di mana penyelidik akan menggunakan teks filem 3 idiots dan PK sebagai subjek kajian. Antara dapatan kajian ini adalah: secara keseluruhannya filem 3 idiots dan PK boleh diklasifikasikan sebagai satira Horatian dan satira Menippean. Tiadanya unsur satira Juvenalian yang ditemui dalam kedua-dua buah filem ini sekaligus membuktikan bahawa satira masih relevan untuk diaplikasikan dalam abad ke-21 ini. |
---|