Kajian ke atas permasalahan kelewatan proses kelulusan tukar syarat tanah (kes kajian : Pejabat Tanah Dan Galian Selangor) / Hazrul Mamat

Pembangunan pesat sesebuah negeri menuntut pengorbanan yang tinggi dari aspek harta tanah pada hari ini terutamanya jenis kegunaan tanah pertanian.Justeru itu, pembangunan ini memerlukan kepada penukaran syarat penggunaan tanah sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Kanun Tanah Negara 1965.Tukar s...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mamat, Hazrul
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture , Planning and Surveying 1999
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15520/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15520/1/TD_HAZRUL%20MAMAT%20AP%2099_5.PDF
Description
Summary:Pembangunan pesat sesebuah negeri menuntut pengorbanan yang tinggi dari aspek harta tanah pada hari ini terutamanya jenis kegunaan tanah pertanian.Justeru itu, pembangunan ini memerlukan kepada penukaran syarat penggunaan tanah sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Kanun Tanah Negara 1965.Tukar syarat tanah merupakan satu proses penting di dalam sesuatu pembangunan harta tanah. Di samping menaikan nilaian tanah, ia sebenarnya membolehkan harta tanah tersebut dibangunkan mengikut perancangan Pihak Berkuasa Negeri. Walaubagaimanapun masalah kelewatan di dalam memberikan kelulusan tukar syarat menjadi satu isu yang hangat diperbincangkan bukan sahaja kepada pihak pemohon, tetapi juga kepada Pihak Berkuasa Negeri.Oleh yang demikian, kajian yang dilakukan terhadap prosedur tukar syarat tanah ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca kepada masalah ini dan seterusnya memberikan komen serta cadangan untuk memperbaiki masalah tersebut.Kesimpulannya, kajian ini telah dapat membuktikan bahawa masalah ini sememangnya berlaku dan akhirnya beberapa cadangan yang difikirkan wajar digariskan untuk memperbaiki masalah kelewatan di dalam kelulusan tukar syarat ini.